BREAKING NEWS

Fahrin Ahmad dimalukan oleh aktor Hollywood... Kesiannn...

Mstar melaporkan.., hasrat pelakon Fahrin Ahmad untuk bergambar dengan aktor Hollywood Owen Wilson ketika di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 tidak kesampaian apabila permintaan itu ditolak mentah-mentah.

Insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas Owen bertemu dengan pihak media di sebuah tempat khas yang disediakan.

Bagaimanapun Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dijemput ke majlis itu menganggap perkara tersebut bukanlah satu hal yang serius.

"Saya memang mahu bertemu dengan aktor tersebut serta selebriti Hollywood yang lain. Harap-harap saya ada peluang lagu untuk bertemu dengannya pada masa akan datang nanti," katanya yang dipetik daripada portal Daily Chilli.

Majlis yang penuh mewah itu telah berlangsung di Hotel Mandarin Oriental pada malam Khamis dengan kehadiran selebriti-selebriti Hollywood dan tempatan untuk meraih dana khas bersempena dengan sambutan edisi ke-14 perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1).

Selain Owen dan Fahrin, antara yang hadir ialah Dayang Nurfaizah, Sazzy Falak, Leona Lewis, Adrien Brodyen, Camilla Belle, Fernando Morientes, Michel Salgado, Fabio Cannavaro dan David Haye.


p/s: Apa yang nak dibanggakan sangat kalau bergambar dengan Aktor Hollywood tu beb.. Lainlah kalau dapat bergambar dengan Nik Aziz.. Dapat berkat woooo... Hahahahahaha....

5 ulasan :

  1. baik dia bergambar dengan nuar berahi..filem lakonan nuar laku sampai ke jepun kekekeke

    BalasPadam
  2. En. MPP, Owen xnak bergambar dgn Fahrin sbb dia tersalah announce nama Owen malam tu. Dia sebut Owen Williams, mmg patut la omputeh tu x nak amik gmbr dgn dia. Dalah siap sebut si Owen ni fav actor dia. http://beautifulnara.com/pengacara-salah-sebut-nama-owen-wilson-semasa-malam-gala-f1/

    Tp dia Owen xder prob amik gmbr dgn Marion yg comel lote tu pun.....

    BalasPadam
  3. Tp kan En. MPP apa nak heran x dpt amik gmbr dgn Owen pun kan... Suruh jer Si Fahrin g Sepang 2-3 ari ni. Amik gmbr dgn Lewis Hamilton ker, Sebastian Vettel ker....lg berbaloi2....Setakat pelakon jer x lah bess sgt....

    BalasPadam
  4. apa barang dgn owen wilson...baik b'gambar dgn chinadoll abg nuar kan naik saham tu sket...hehehehe...

    BalasPadam
  5. ape punya org la ni...begambar ngan ulamak terompah dapat pahala...bengong

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online