Kalau tak menipu, bukanlah Guan Eng namanya.. Sebelum ni, Ketua regim zionis DAP Penang tu kata nak bagi BN makan telur di Penang selepas PRU13, tapi hari ni dia nafikan pula selepas dihentam teruk oleh bloggers Penang serta kepimpinan BN negeri..
Lidah rasmi pembangkang Haramkah melaporkan..., Guan Eng kata wartawan dah salah tafsir kenyataan dia.. Dan dia kata tak pernah bermaksud nak merendahkan kemampuan BN Penang..
"Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng.
Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik."
"Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk. Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua.
"Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya.
Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan