BREAKING NEWS

Bila bekas banduan bercerita tentang rasuah...

Gejala rasuah yang berleluasa dalam negara menyebabkan Malaysia semakin merosot dari segi ekonomi berbanding rakan-rakan negara Asia Tenggara yang lain.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucaptama pada Public Relations World Congress di Dubai semalam.

Menurut Anwar, walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar pasaran bebas, manfaat daripada dasar itu kurang dirasai akibat amalan nepotisme dan kurangnya ketelusan dalam urusniaga.

“Anda tidak boleh beri kontrak kepada ahli keluarga dan menamakannya sebagai penswastaan, anda tidak boleh berikan tender tanpa prosedur sempurna – ini akan mengakibatkan kerugian.

“Kerajaan melaporkan kerugian sebanyak $6 bilion kerana rasuah, dalam sebuah negara yang kecil seperti Malaysia,” katanya.

“Dari segi kebolehan bersaing, pelaburan asing dan pertumbuhan, kami kalah kepada Indonesia, Thailand, Vietnam dan juga Singapura,” kata Anwar.

3 ulasan :

  1. 'tetapi...jika anda adalah pembangkang macam saya...anda boleh berikan jawatan-jawatan strategik & penting kepada ahli keluarga seperti isteri, anak2 & rakan anda dalam parti yang dikuasai anda sendiri & ini tidaklah kroni'

    BalasPadam
  2. YANG AKU TAHU...DIA AKAN KATA..ITU SEMUA KONSPIRASI UMNO...

    BalasPadam
  3. YANG AKU TAHU...DIA AKAN KATA..ITU SEMUA KONSPIRASI UMNO...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online