BREAKING NEWS

Nurul Izzah ingat Petronas tu bapak dia yang punya...

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengusulkan cadangan pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974 supaya kuasa Perdana Menteri terhadap Petronas dibataskan.

“Petronas juga wajib membentangkan akaun perbelanjaan tahunan ke Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan tersebut antara tiga cadangan Rang Undang-undang ahli persendirian yang dibawakan Naib Presiden KEADILAN itu, termasuk antaranya pemansuhan serta-merta Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

“Akta drakonian dan lapuk ini dihapuskan untuk memastikan ada suasana bagi media bercambah, bebas dan adil,” katanya menjelaskan tugas media adalah pelapor berita dan maklumat seimbang kepada mana-mana parti politik.

Manakala cadangan ketiga ialah satu pindaan di buat kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan melalui cadangan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2012.

2 ulasan :

  1. Masa bapak dia jadi menteri kewangan, kenapa tiadak pinda ??????

    BalasPadam
  2. Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 ... dikatakan ... Akta drakonian dan lapuk ... kat mana yg dikatakan drakonian ... cakap senang lah ... cuba tunjuk dan buktikan agar semua boleh faham !!

    Lapuk ? ... Akta tahun 1984 dah lapuk ... yg pasti YB lahir sebelum 1984 ... dah lapuk jugak ke ?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online