BREAKING NEWS

Erti setia dari seorang wanita..

Ramai diantara lelaki yang mendabik dada mengaku amat memahami kaum wanita, benarkah begitu?

Betulkah kita memahami jiwa halus seorang wanita yang kita dampingi selama ini?

Sedarkah kita, seorang wanita mempunyai satu sifat yang penuh seni dan amat halus yang harus disingkap berkali-kali untuk merungkaikannya..

Jiwa wanita sebenarnya amat misteri.. Ada ketika, seorang wanita mampu membuat kita senang dan ketawa seharian.

Dan pada masa yang sama, mereka juga mampu melukakan hati keras lelaki tanpa perlu berkata-kata.., dan juga secara perlahan-lahan.. Hebat kann?

Secara realiti.., lelaki sebenarnya tak mampu mengetahui apa yang dimahukan oleh seorang wanita.. Seluruh dunia akan terpaku jika dapat melihat isi hati mereka..

Bicara mereka sangat tersirat, dan nada mereka selalunya mencabar hati..

Wanita sangat mudah bermain perasaan.. Mereka hidup dengan berlandaskan percaya kepada diri sendiri tetapi sentiasa gagal mengawal emosi.

Walaupun ada ketikanya lakonan gagah ditunjukkan, sebenarnya jiwa mereka amat rapuh umpama kaca gelas.. Sekali terhempas, pecah tiada berbekas..

Kenapa wanita mudah menangis? Itulah senjata utama mereka didalam melenturkan pertahanan lelaki. Sekebal mana sekalipun hati lelaki didunia ini, pasti tumbang hanya dengan titisan airmata wanita..

Disebalik semua itu, wanita sebenarnya adalah insan yang paling setia.., dengan syarat, dirinya ditatang dengan kekuatan perasaan cinta..

Wanita sebenarnya perlukan penghormatan dari lelaki selain perhatian didalam hidup. Mereka tidak mahu dipandang remeh kerana merekalah bakal mencorakkan hidup seseorang lelaki sepanjang usianya..

Sememangnya wanita perlukan perhatian.., bukan untuk mengada-ngada diri, tetapi untuk melembutkan hati dan meletakkan setia itu disatu peringkat paling tinggi..


p/s: Moral of the story.., belajarlah untuk setia disaat susah dan senang.. Kerana sifat setia itu hanya datang jika kita benar-benar mahukannya..

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online