BREAKING NEWS

Lepas takut kat logo, sekarang ni depa takut kat helmet 1Malaysia pulak.


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyeru kepada mana-mana belia, pemuda dan sesiapa sahaja yang menerima Helmet 1 Malaysia yang di "hadiah"kan kepada mereka pada 17 & 18 Disember yang lalu agar berhati-hati kerana perkara berikut;

1. MAMPAT mendapati pada helmet tersebut tidak terdapat tanda / logo SIRIM. Ini bermakna, helmet tersebut tidak melalui ujian khusus/khas ketahanan dan keselamatan. MAMPAT khuatir, helmet tersebut di buat tanpa kualiti dan diimport dari China sebagaimana e-book yang dibekalkan kepada pelajar-pelajar sebelum ini.

2. MAMPAT juga mendapat laporan daripada pengguna yang menggunakan helmet tersebut bahawa, telah ada helmet yang "TERBELAH 2" apabila jatuh terembas di adat simen.

Oleh itu, MAMPAT memohon kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan 10 unit helmet yang diterima bagi membolehkan MAMPAT membawa helmet-helmet tersebut untuk diuji di makmal yang diiktiraf.... hanya 10 unit sahaja diperlukan.


Hari tu depa meroyan pasal logo 1 Malaysia di Selangor. Kat Penang sekarang ni pun diharamkan juga 1 Malaysia ni oleh kalipap Guan Eng.

Hari ni puak-puak Pakatan meroyan lagi bila nampak helmet 1 Malaysia di Terengganu pulak. Takut sungguh rupanya depa dengan logo 1 Malaysia ni. Dah serupa macam hantu raya jumpa bomoh lagaknya.

Hebat penangan logo dan slogan ciptaan Najib hinggakan penyokong dan pemimpin Pakatan "terbakar" hanya melihat gambar 1 Malaysia. Kira memang berkesanlah cara Najib ni ye.

Hari ni, budak-budak kecik pun dah tahu apa dia 1 Malaysia. Orang-orang tua di ceruk kampung pun dah biasa sebut "satuuu.. Malaysiaa". Laungan take berrrr PAS serta reforbasiii Anwaar semakin tenggelam dengan slogan Najib. Itu yang depa tak boleh tahan.

Sebab tu lah depa semua meroyan dan dihinggapi sawan. Semuanya hanya kerana 1 Malaysia punya penangan.

4 ulasan :

  1. KEHKEHKEH BTUL LA DIORANG DH TAKUT LOGO 1MSIA SAMPAI TERBAWAK2 DLM MIMPI. LOGO ROKET YG BLEY MELETOP X TAKUT PLAK? KEHKEHKEH >|D

    BalasPadam
  2. Lawak betul. Siapa yang jadi lab rat testing helmet tu?

    Kalau Al Jub baguslah. Biar mampus terus.

    BalasPadam
  3. @Wake UP! Elok bagi Nik Aziz saja jadi tukang test helmet..hahaha...

    BalasPadam
  4. Wa rasa kalau betul kata MAMPAT tu,gomen kena la ambik perhatian dan double check dgn supplier helmet tu.Ni bkn masaalah logo(yg jadi fobia pd PR) tapi nyawa rakyat kita.Tapi kalau takat mrk nak politik kan bende tu TOLONG PANGGIL ANWAR IBRAHIM DAN BELASAH EXZOS MAMPAT SAMPAI LONGGAR!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online