BREAKING NEWS

FELDA terbukti prihatin dengan pemberian bonus. Mazlan bagi apa?


Kerajaan telah meluluskan bonus insentif kepada peneroka sebanyak RM100.9 juta bagi menghargai sumabngan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah Negara.

"...Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara..."

Pembayaran Bonus Intensif Produktiviti Peneroka 2010 tersebut akan dibuat di Pejabat Rancangan bermula Januari 2011.

Inilah bukti bahawa FELDA tak mengabaikan kepentingan para peneroka. Dan para peneroka yang kononnya dianiaya seperti yang didakwa oleh Mazlan Aliman, sebenarnya lebih bertuah dari kebanyakan penduduk didalam negara ini.

Peneroka FELDA dijaga bagaikan anak emas oleh pihak kerajaan melalui FELDA. Banyak faedah yang diperuntukkan kepada peneroka yang tak dapat dinikmati oleh orang lain.

Tetapi, inilah yang membuatkan individu seperti Mazlan Aliman ini tak puas hati. Sifat dengkinya membuak-buak apabila melihatkan kejayaan peneroka-peneroka lain dikawasannya sedangkan dia sendiri tak mampu berjaya. Nak berjaya macam mana kalau asyik nak mengata orang tapi malas berkerja.

Mazlan juga anak peneroka dan dia sendiri memangpun peneroka di Felda. Kenapa dia marah sangat kepada pihak FELDA dan kerajaan? Ini disebabkan dia tak mampu senang lenang menerusi FELDA sedangkan para peneroka lain mampu berjaya.

Jadi, dia membuat bising kononnya pihak FELDA mengabaikan peneroka dan juga menindas peserta FELDA. Semuanya hanya disebabkan perangai busuk hatinya dan mahu menutup kelemahan dirinya sendiri yang tak mampu berjaya.

Tambah-tambah pula apabila dia menyertai parti yang penuh hasad dengki seperti PAS. Makin tebal lah irihati si Mazlan ni terhadap kejayaan FELDA memacu ekonomi peneroka. Inilah yang ramai terlepas pandang.

2 ulasan :

  1. Mazlan mesti sakit hati ni sebab peneroka Felda yang menyerahkan hasil sawit kepada Felda mendapat imbuhan dari Perdana Menteri Malaysia.

    BalasPadam
  2. @Wake UP! Betul bro..sebab tu lah dia sibuk nak menjatuhkan Felda kerana ia terbukti menjadi lubuk sokongan rakyat kepada kerajaan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online