BREAKING NEWS

Chegu Bard tak jadi keluar PKR sebab Pemuda UMNO Permatang Pauh pi Haatyai.


Siapa kata chegu bard nak keluar PKR? Jenglot ni masih kekal dalam parti Anwar tu tapi mengumumkan tak mahu terima jawatan Timbalan Setiausaha Agung saja di sidang akhbarnya pagi tadi.

Mana dia mau jawatan Timbalan, chegu bard ni nak jawatan Ketua AMK laaa... Lagipun buat apa dia nak terima kerja dibawah Saifuddin Nasution? Dia dengan Saifuddin bukannya ngam dari dulu lagi.

Yang paling best, chegu bard dakwa dia tolak jawatan ni bukan kerana wang atau pangkat. Dia tolak jawatan Timbalan setiausaha agung PKR ni kerana dia nak berkhidmat untuk rakyat. Ayat tak boleh blah langsung!

Chegubard ni ingat orang tak tau bahawa dia memang marahkan Anwar dan Saifuddin pasal dia tak menang bertanding jawatan Ketua AMK. Dia juga marah pasal aduan dia pasal penyelewengan pengundian dia dengan Shamsul tak dilayan oleh JPP.

Sekarang ni kira merajuk laa sebab tu tak mau terima sebarang jawatan. Kah kah kah...semua taktik lama puak-puak PKR ni. Nanti bila Anwar mai jumpa, lepas tu urut belakang sikit..., ok lah balik tu...

Tapi, satu saja bagus puak-puak chegu bard ni. Depa sanggup berkonvoi dari Rembau ke Permatang Pauh hanya untuk berkempen menarik golongan muda join PKR. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kelolaan si Jenglot tu telah menaja 150 buah motorsikal didalam konvoi tersebut.

Konvoi bermotorsikal ni adalah usahasama diantara Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rembau dan AMK Cabang Permatang Pauh.

Mana pi pulak Pemuda UMNO Permatang Pauh? Dulu bukan main gedebang gedebung bukan main masa mesyuarat Pemuda kononnya nak lawan pembangkang dan tawan balik Parlimen Permatang Pauh. Siap pakai baju celoreng lagi untuk depa hebat (baca sini), tapi last-last. haram satu apa pun takdak.

Pemuda UMNO Permatang Pauh sekarang ni lagi kuat lena sampai meleleh ayaq lioq. UMNO negeri toksah ceritalah...dah berdengkur balik nampaknya.

Baru-baru ni, saya dapat tau bahawa semua pemimpin Pemuda UMNO Permatang Pauh dapat sponsor pi Haatyai Thailand. Kira macam konvoi jugaklah kot nak lawan chegu bard. Yang tak boleh tahan, depa kata ini adalah lawatan sambil belajar.

Kah kah kah....lawatan nak belajar apa? Lawatan sambil belajar mengenal bulu ari-ari kot? Tak pun lawatan sambil mengenal lubang peranakan? Awat tak ajak Jalil pi sekali? Takkan dia sponsor saja kot?

Ni lah kerja UMNO Permatang Pauh. Ketua pun rajin melancong merata, sama lah jugak dengan Pemuda. Buat kerja pulak nak nama, dulu bukan main kononnya Pemuda nak suruh Ketua bahagian buat kerja dan berkhidmat untuk rakyat. Tapi bila dapat sponsor lawatan "sambil belajar" pi siam ni, diam terus lah semua Pemuda UMNO Permatang Pauh ni.

Ni yang buat orang benci kat UMNO Permatang Pauh. Macam-macam gila ada kat puak ni.., gila projek, gila nama, gila duit dan juga gila khinzir! Kerja tak buat tapi asyik dok berebut jawatan. Samalah macam puak-puak PKR.

Sebenarnya, PKR bukan kuat pun kat Permatang Pauh ni, cuma UMNO saja lembik sebab dapat kepala-kepala yang bodoh sombong ni dan berpolitik lebih kuat dari buat kerja untuk rakyat!

4 ulasan :

  1. penyakit ni bukan kat permatang pauh saja...
    banyak lagi umno bahagian yang berpenyakit gila babi nih.
    kat kedah pun sama..
    umno kedah kalah,hilang negeri pada pas pun depa bolih pi rombongan ke negara cina.
    inilah jenih ketua bahagian yang harus di benam dalam terusan mat saman.biarq depa telan ayiarq busuk banyak2 bagi cuci otak.

    BalasPadam
  2. @Tanpa Nama Betoi tu bro..depa tak sedar yang rakyat dok tgk perangai depa. Kalau depa terus macam ni, jangan mimpi la nak menang PRU nanti.

    Tapi yang tu depa suka. Kalah pun tetap dapat elaun katanya..tak payah teruk-teruk kerja. Macam haram!

    BalasPadam
  3. Ketua / Ketua Pemuda UMNO semua lari kena kejo dek AHLONG .Sembunyi sampai kentut pun tak bunyi......

    BalasPadam
  4. Inilah penyakit yang ada dalam pemuda Umno. Saya sokong dengan entri di atas, memang benar sekali. Pemuda umno bekerja ikut musim sama spt musim durian. Depa sibok masa kempen pilihanraya selepas itu tidoq lagi dan berdengkur lagi. Jika spt inilah, alamatnya pemuda Umno tak akan kemana-mana. Tidoq lah hampa.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online