BREAKING NEWS

Tahniah Pemuda UMNO Permatang Pauh.



Selama ini Pemuda UMNO diibaratkan sebagai barisan pelapis kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang sedia ada. Dan selama ini juga Pemuda UMNO berperanan umpama pendesak didalam isu-isu berkaitan agama Islam dan juga berkenaan hak-hak melayu di negara ini.

Tetapi, entah dimana silapnya (walau ramai yang sedia maklum puncanya) Pemuda UMNO kini dilihat semakin lesu dan juga tak bermaya didalam mempertahankan Islam dan juga soal maruah melayu.



Mungkin ia berpunca dari barisan tertinggi pentadbiran Pemuda UMNO, dan mungkin juga kerana sikap berpuak-puak yang semakin membelenggu pergerakan Pemuda ini selepas dari zaman Datuk Hisham. Tetapi walau apapun puncanya, sesuatu harus dilakukan bagi mengembalikan semangat perjuangan yang pernah ada didalam Pemuda UMNO suatu ketika dulu.



Diatas kesedaran untuk mengembalikan semangat juang inilah, hari ini Pemuda UMNO Permatang Pauh telah membuat suatu kelainan yang telah mengejutkan banyak pihak.

Hinggakan Datuk Seri Shahidan Kassim yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijemput bagi merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Permatang Pauh juga terkejut ketika beliau tiba di Dewan Persidangan.



Bertempat di Dewan Giat MARA Permatang Ara, Pemuda UMNO Permatang Pauh yang di ketuai oleh Mohd Zaidi B.Mohd Said ataupun lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zaidi, telah menampilkan kelainan dengan semua perwakilan Pemuda kali ini hadir dengan berpakaian ala-ala askar melayu lengkap dengan berret masing-masing.

Dipercayai, Pemuda UMNO Permatang Pauh merupakan yang pertama didalam sejarah memecahkan tradisi kod etika berpakaian dari 191 Bahagian UMNO seluruh negara yang bersidang.



Usaha ini disifatkan oleh Cikgu Zaidi selaku Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh sebagai mahu menaikkan semangat juang para Pemuda UMNO khususnya di Bahagian Permatang Pauh dan memberi signal bahawa Pemuda UMNO sedia untuk menjadi "askar kerajaan" bagi melawan dakyah serta propaganda pembangkang terutamanya di negeri P.Pinang.

Biarpun ia hanyalah sekadar pakaian, namun diharapkan usaha ini dapat menyemai semangat berani dan semangat melawan didalam jiwa Pemuda UMNO yang sejak akhir-akhir ini semakin kendur hingga ada yang memberi gelaran Pemuda Lembik kepada sayap pergerakan ini.



Setiap usaha yang baik haruslah diberi pujian begitulah juga dengan apa yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Permatang Pauh ini. Namun kekurangan yang ada tetap akan ditegur terutamanya dari blogger-blogger pro-kerajaan yang sayangkan UMNO dan mahu melihat UMNO kembali digeruni oleh lawan serta dihormati oleh kawan didalam gagasan Barisan Nasional.



Janganlah pula pemimpin-pemimpin UMNO hanya suka apabila dipuji tetapi merajuk dan melompat apabila ditegur.



Percayalah, setiap teguran dari akar umbi dan juga para penyokong kerajaan serta parti hanyalah semata-mata untuk kebaikan juga.

Mana ada orang yang menegur untuk melihat parti musnah melainkan mereka-mereka yang menegur itu tak tahu membezakan di antara teguran yang membina dan juga kritikan yang mampu membawa rebah !

6 ulasan :

  1. Tahniah pemuda Permatang Pauh, teruskan semangat membara, rampas semula Permatang Pauh yang di katakan kubu kual al juburi wal yahudi, tapi ingat kudrat sahaja tanpa akal dalam peperangan umpama menyerah tubuh untuk di ratah. STRATEGI mesti betul dan tepat, hari-hari mainkan isu al juburi wal yahudi baru masuk dalam kepala rakyat. ingat strategi mereka dahulu mainkan persepsi.

    Unit media Permatang Pauh kalau boleh setiap artikel tuan di printkan dan edar ke cawangan-cawangan,ketua cawangan pula edarkan kepada ahli dan penduduk setempat. Kempen pilihanraya PRU 13 telah bermula dengan gerakan syber war.

    BalasPadam
  2. Melayu Pasir Gudang, terima kasih atas komen Tuan. Saranan Tuan amatlah baik sekali. Bersama-samalah kita kembali rapatkan barisan untuk menghadapi pihak lawan iaitu Pakatan Haram.

    BalasPadam
  3. TAHNIAH DAN SYABAS BRO ATAS INISIATIF LAIN DR YG LAIN. KLU NK HARAPKAN USAHA KP UMNO SKRG AGAK SUSAH JUGAK MEMANDANGKAN DIA PUN X HABIS LG DGN KES MAHKAMAH. APA PUN SBG PEMUDA UMNO BHG PERMATANG PAUH SUDAH PUN MEMULAKAN LANGKAH BERANI DGN MENYEMAI SMANGAT PATRIOTIK YG CUKUP KUAT DLM MENGHADAPI PUAK GROMBOLAN PEMBANGKANG. SYABAS SKALI LG DARI DIMENSI UTK WARGA UMNO PERMATANG PAUH!! YEZZEKKKK >:D

    BalasPadam
  4. Terima kasih Bro Jeffry. Di harap Pemuda UMNO akan dapat mengembalikan zaman kegemilangannya seperti semasa era Tun Mahathir.

    BalasPadam
  5. Tahniah Tahniah Tahniah PUPP. Selepas UMNO dilebel sebagai angkuh dan sombong ( walaupun hanya kerja jahat aljuburi) PEMUDA dilihat berubah menjadi terlalu sopan dan santun sehingga suara yg dilontarkan diumpamakan sebagai kentut yg perlahan, tetapi PUPP membuktikan PEMUDA UMNO masih gagah,masih relavan dan akan terus relavan. Misnan Kota Raja

    BalasPadam
  6. Bagus tu bagus. Tapi pak cik seriau tengok . Semacam negara di kuasai tentera pula. Teringat zaman Iraq di perintah Saddam, dan beberapa negara yang di kuasai tentera, yang biasanya pemimpin pemimpin mereka sentiasa memperagakan pakaian tentera. Sesuaikah untuk negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi ini?

    Pak cik tua

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online