Lim Guan Eng telah sahkan melalui twitter miliknya bahawa dana program basmi kemiskinan di P.Pinang termasuklah sumbangan kepada warga emas adalah dari hasil judi.
"Derma Kelab Lumba Kuda untuk anti-kemiskinan kerajaan Pulau Pinang asingkan kerana ada bukan Islam juga yang miskin. "(Penerima) Yang Islam dari hasil kerajaan negeri yang tidak ada lesen judi".
Dananya diasingkan, harapnya diasingkan betul-betullah. Yang Islam halal, yang bukan Islam haram. Namun duit judi tetap duit judilah, harapnya yang Islam betul-betullah dari sumber halal.
Sebelum ini Guan Eng menafikannya. Siap dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SPRM) berhubung dengan tuduhan itu.
Sekarang ini bila bukti didedahkan, terpaksalah mengaku juga ye Guan Eng. Maknanya, selama ini khalifah Lim pujaan PAS ni BERBOHONG lah yee?
Didalam kenyataannya didalam Malaysian Insider bagi menjawab isu derma hasil judi ini, Lim Guan Eng juga BERBOHONG apabila mengatakan wang derma hasil judi tersebut digunakan oleh kerajaan negeri DAP bagi membasmi kemiskinan tegar.
“Sebenarnya dana yang mereka dakwa sebanyak RM500,000 itu bukanlah untuk program sumbangan warga emas.
“Ia digunakan untuk membasmi kemiskinan terutamanya mereka yang berada dalam kategori miskin tegar di kalangan masyarakat bukan Islam.
Lim berkata, untuk makluman Umno, masyarakat bukan Islam yang berada dalam kategori miskin tegar adalah 10 peratus dalam negeri ini yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan negeri.
Yang sebenarnya, mana ada lagi warga miskin tegar di P.Pinang!! Bukankah kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng telah berjaya menjadikan negeri ini sebagai bebas dari kemiskinan tegar pada awal tahun ini?
(klik gambar untuk paparan jelas)
Bukankah dengan menjadikan kepimpinan Khalifah Umar sebagai idola, Lim telah mendakwa berjaya menghapuskan kemiskinan tegar di P.Pinang hanya dalam masa setahun mengambil alih pemerintahan dari kerajaan BN?
Diatas bukan kenyatan dari Utusan. Ia adalah temubual Lim Guan Eng bersama HarakahDaily yang merupakan "kitab agung" bagi pengikut-pengikut PAS. Mustahillah kalau Harakah BERBOHONG pula kann?
Jadi.., yang BERBOHONG tentunya Lim Guan Eng. Mungkin apek Melaka ini terjumpa cara-cara BERBOHONG didalam kitab rujukannya mengenai gaya pemerintahan Khalifah Umar.
Lim Guan Eng nampaknya dah ketagih untuk berbohong. Sekarang ini, tak kira tua, muda, kecil atau besar di P.Pinang, semuanya dah kena bohong dengan Ketua Menteri ini.
Dengan itu, memang layaklah Lim Guan Eng digelar sebagai ketua menteri paling pembohong di dalam sejarah Tanah Melayu ini!
Putarbelit Guan Eng rakyat dah tahu..tunggu PRU 13.
BalasPadamhaha.. dulu aku pengundi atas pagar dn sikap tunggu , lihat dan kaji.. belum lagi pernah mengundi.. so dalam PRU13 ini aku yakin dan betul hanya BN lah yg layak untuk memerintah.. so undi aku utk BN..
BalasPadam