BREAKING NEWS

Raja Petra belasah Tantawi dan PAS...


Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK telah lama bertahta dihati para pengikut Pakatan terutamanya pengikut-pengikut PAS kerana kelantangannya menghentam kerajaan.

Tetapi didalam artikel terbarunya didalam portal Free Malaysia Today, Raja Petra dilihat menongkah arus dengan membelasah Ketua Pemuda PAS dan juga parti PAS itu sendiri berhubung dengan HUDUD.

"Adakah setakat ini pemimpin yang PAS mampu hasilkan ?" soalan dari RPK dalam postingnya yang terbaru yang ternyata menghina dan memandang rendah keupayaan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang memang telah diketahui amat rendah keupayaannya didalam memimpin Pemuda PAS.

RPK mengulas kenyataan dari Nasrudin Tantawi baru-baru ini yang menempelak sistem perundangan negara berikutan dari kes pembunuhan Sosilawati.

Nasrudin yang mencadangkan hukum HUDUD diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang sedia ada, telah dibelasah dengan teruk oleh RPK yang kini menjadi pelarian di negara luar.

Ini adalah merupakan satu tamparan hebat terhadap PAS dan juga Pakatan kerana selama ini mereka begitu memuja dan menyanjungi blogger freethinker RPK ini. Pengikut-pengikut Pakatan juga pasti melopong melihat Nasarudin dibelasah dengan begitu teruk oleh RPK.

RPK juga menyuarakan rasa kecewanya terhadap PAS yang dilihatnya gagal mengeluarkan pimpinan yang hebat sekaligus membuat kenyataan bahawa dia tidak lagi meletakkan harapan kepada PAS didalam menumbangkan UMNO.

Kenyataan RPK ini membuktikan bahawa Nasrudin Tantawi serta PAS hanya mempunyai pemimpin bertaraf lebai kampung sahaja. Segala hujah dari pemimpin-pemimpin PAS hanya layak dan boleh dijual kepada orang tua-tua kampung, tak lebih dari itu!

1 ulasan :

  1. RPK dan Tantaik apa ada hal dengan ini babun...semua pelinkup Islam dan Melayu...pinjam kata Tok N.ajis Pergi jahanam lah dengan 2 babun nih...tak ada faedah layan babun nih

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online