BREAKING NEWS

Judi bola saja haram.., judi kuda "halal" bagi Khalifah PAS.


Dulu semasa menentang perjudian bolasepak Piala Dunia yang dicadangkan oleh kerajaan, bukan main lagi Guan Eng bermadah menggunakan ayat amal maaruf nahi mungkar.

Ketua menteri bekas banduan ini juga dengan bangganya membuat kenyataan bahawa P.Pinang menolak judi bola diadakan di negeri tersebut walhal kerajaan belumpun meluluskannya.

Semua baru diperingkat cadangan tapi hanya kerana pendekatan populis Guan Eng, meroyan sakan lah dia untuk tunjuk dia lebih memahami Islam dari orang Islam lain di negara ini.

Tetapi, dalam ketika ramai yang teruja dengan lakonan mantap Guan Eng sebagai khalifah Umar, diam-diam si pembohong ini telah memalukan umat Islam dan seluruh rakyat P.Pinang dengan meminta derma dari pusat-pusat judi untuk dihabiskan kepada program basmi kemiskinan.

Jika dimaksudkan program basmi kemiskinan, ia termasuklah sekali program pemberian wang ehsan bernilai RM 100 kepada warga emas P.Pinang.

Pendedahan dokumen dari Pemuda UMNO telah membuktikan bahawa Guan Eng dan kerajaan DAP negeri hanya mengharapkan sumbangan hasil judi bagi menjayakan program populis mereka. Bukankah ini satu usaha menipu rakyat P.Pinang oleh Guan Eng dan DAP?

Patutlah makin banyak premis-premis judi haram muncul di serata negeri. Mungkin ini di"halal"kan oleh Guan Eng dan DAP kerana mereka pasti beroleh keuntungan dari setiap pusat judi ini melalui sumbangan dari mereka kepada kerajaan negeri.

Yang pastinya, selama ini warga emas dan juga penduduk miskin di P.Pinang telah dibekalkan dengan hasil judi oleh Guan Eng dan DAP negeri. Mereka telah dibodohkan oleh kafir yang bertopengkan Islam PAS selama hampir 2 tahun.

Inilah kerja-kerja jahat kafir didalam menjahanamkan umat islam. Dan ejen kafir harbi di dalam negeri kini ialah Lim Guan Eng serta komunis DAP! Penasihat mereka pula tentunya ulamak-ulamak sesat didalam PAS.

Dengan ini, wajib bagi semua umat Islam khususnya di P.Pinang menghalau anasir-anasir jahat ini keluar dari negeri tersebut pada PRU akan datang! Jangan biarkan seinci pun tanah negeri ini dipijak oleh mereka!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online