BREAKING NEWS

UMNO perlu singkirkan pemimpin yang berpura-pura berjuang


12 July 2016 - PRU-14 nampaknya semakin hampir, persediaan menghadapi peperangan pilihan raya juga perlu dilakukan untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Sehubungan itu, UMNO perlu mengambil peluang yang ada untuk menyingkirkan pemimpin yang hanya berpura-pura dalam perjuangan parti.

Dengan adanya individu seperti ni, ia bukan hanya merosakkan parti malah dapat melumpuhkan sepakatan ahli-ahli dalaman parti yang sedia ada. Semangat setiakawan yang dapat dilihat dalam UMNO mungkin akan musnah jika menyimpan penghasut yang ingin mengulingkan pemimpin serta parti.

"Orang Melayu kini tidak boleh mengharapkan lagi parti lain selain dari UMNO. Ianya terbukti denganbeberapa pilihan raya kecil di mana semangat juang dan setiakawan parti UMNO. Apa yang dapat dilihat golongan muda UMNO daripada setiap cawangan dan bahagian seluruh Malaysia berganding bahu dalam setiap aktiviti berkaitan perjuangan parti ", katanya

Dalam pada itu, trend pemimpin yang indah khabar dari rupa perlu ditolak sekeras-kerasnya kerana rakyat dapat menilai dari sudut negatif tersebut dan akan menyebabkan maruah parti tercalar. Sebab tu, UMNO juga perlu menilai calon mereka untuk mengelakkan terjadinya perkara seperti ni.

Keputusan UMNO terhadap tiga trio baru-baru ini juga dapat menangkis sedikit sebanyak pengkhianat parti yang semakin menjadi-jadi. Menurut Dr Mazlan Ismail PRU-14 adalah masa yang tepat untuk memberi peluang  dan kepercayaan kepada pemimpin muda untuk menjadi calon.

Mungkin, dengan memberi peluang kepada golongan muda lebih mendapat sambutan di kalangan generasi-y untuk turut bersama-sama menjadi tulang belakang UMNO/BN. Ia juga satu jalan penyelesaian untuk melihat cara dan gaya kepimpinan yang baru dari yang sedia ada.

"UMNO hari ini perlu mencari serta memilih pemimpin muda jika ingin melihat kekuatan dan relevan parti UMNO pada masa hadapan," ujarnya

Mungkin, dengan adanya kuasa gabungan golongan muda akan menjadikan UMNO lebih berdaya saing demi meneruskan perjuangan yang sentiasa mengutamakan bangsa, agama dan negara.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online