BREAKING NEWS

DAP tak mengaku paksa rakyat derma untuk Guan Eng.


12 July 2016 - Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini menafikan dakwaan bahawa kempen derma yang dilancarkan bagi membantu kes salah laku dan rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membebankan penderma serta orang awam.

Menurut Tony Pua, DAP tidak pernah membebankan orang ramai serta penderma sumbangan kes Ketua Menteri Pulau Pinang ini kerana kempen derma yang dilancarkan ini bukanlah satu paksaan dari parti cina kiasu itu.

Hahaha... Kelakar pula rasanya kenyataan Tony Pua ni... Betul ke kempen sumbangan derma kepada Guan Eng ni bukan satu paksaan??? Kalau betul, kenapa bila jadi kes Guan Eng ni, DAP baru sibuk nak melancarkan sumbangan derma?? Kenapa pemimpin DAP yang sebelum dan yang lain kena macam Guan Eng ini tidak dilancarkan kempen sumbangan derma ini??

Tony Pua berkata, DAP melancarkan kempen sumbangan derma ini bukan bertujuan memaksa orang ramai menderma kepada Guan Eng, sebaliknya DAP hanya menyediakan platform untuk orang ramai membantu pemimpin DAP yang diheret ke mahkamah seperti kes Guan Eng.

Jelas Tony Pua, sumbangan derma yang diterima DAP hasil pelancaran ini, bukan hanya digunakan terhadap kes Guan Eng... Sebaliknya, akan digunakan untuk pemimpin DAP yang lain dan aktiviti-aktiviti DAP untuk menumbangkan Barisan Nasional.

"Kesemua dana yang disalurkan orang ramai itu bukannya untuk kegunaan Lim Guan Eng keseluruhannya, tapi demi meneruskan kelangsungan survival parti. Saya tak fikir kebimbangan salah guna wang kutipan derma itu datangnya daripada penderma DAP. Jika mereka curiga, pastinya tidak akan menderma," kata Tony Pua.

Amboi Tony Pua... Sedap nampak cakap.... Ingat penderma ni tak kisah ke duit dorang pergi ke mana... Memang dorang ambil kisahlah pasal duit derma tu... Tahu pula DAP berjaya kutip lebih dari yang diperlukan.... Kalau kutip cukup-cukup tu memang dorang tak kisahlah... Sebab tahu duit tu digunakan untuk tujuan tersebut.

Ni kutip berlebih-lebih... Memang kena ambil 'port' lah nak tahu duit tu pergi mana.... Karang, pergi beli banglo mewah pula... Dah lah lebih tu banyak... Bukannya sikit.... Hahaha.

So, rasanya tak salahkan kalau penderma nak tahu duit dorang tu kemana??

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online