Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Tindakan Shafie Apdal buat Mahathir kecewa..
Comments : 0
27 July 2016 - Bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal nampaknya langsung tidak layan dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Meskipun ditawarkan dengan jawatan yang tinggi namun itu tidak mampu untuk membeli kepimpinan yang diasah sebelum ini oleh UMNO. Dengar kata Shafie tak mahu turut serta dan terlibat dengan segala bentuk kerjasama dengan parti dedak Mahathir itu kerana dia mahu balik kampung.
Menurut bekas anggota parlimen Semporna itu, dia nekad menolak tawaran daripada bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi timbalan presiden dalam parti baru.... semata-mata kerana mahu balik kampung dan memberi tumpuan dalam membantu rakyat Sabah.
"Muhyiddin (Yassin) minta saya...berkenaan parti baharu dan beritahu saya, 'Datuk Seri Shafie Apdal, kamu akan jadi timbalan presiden dan saya jadi presiden'.
"Tapi saya kata, tak apa. Saya bukannya mahu menjadi presiden, timbalan presiden parti. Tidak perlu.
"Tun (Dr Mahathir Mohamad) tubuh, Muhyiddin jadi presiden, saya akan sokong apa yang perlu sokong.
"Sudah tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya," katanya
Jelas Shafie bukan seperti pemimpin lain yang sanggup buat khianat kepada parti UMNO semata-mata kerana mahu mengejar jawatan. Sebaliknya apa yang dilakukan Shafie hanya untuk bekorban demi rakyat.
"Perjuangan kita tumpu di negeri Sabah dan hak rakyat Sabah. Pembangunan bandar, luar bandar di negeri ini harus diimbangi," tambah nya.
Mungkin Shafie sudah menginsafi perbuatannya yang terdahulu atau mungkin dia nak buat pusingan U-turn. Tambah pula sebelum ini semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bulan lalu, Shafie hantar gambar dirinya bersama anggota kempen BN di Facebook. Mungkin dia dah taubat dan tinggalkan geng pengkhianat tu.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.