Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Guan Eng patut malu dengan kenyataan PKR ni..
Comments : 0
27 July 2016 - PKR memulang buah paku keras kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mengatakan Setiausaha Agung DAP itu tidak mempunyai hak untuk menyamakan pilihan raya kecil dengan pilihan raya negeri yang mahu diadakan di Pulau Pinang.
Guan Eng sebelum ini menegaskan DAP tetap akan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang walaupun tidak mendapat persetujuan daripada PKR kerana PKR sebelum ini mahu mengadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kajang tidak pernah membincang perkara itu dengan DAP.
Haa... Ambik kau Guan Eng... Kan PKR dah bersuara... Duk tekan-tekan PKR suruh buat keputusan lagi... Pastu boleh pula nak banding-banding benda yang lepas... Sekali PKR sembur, baru Guan Eng tahu tajam tak tajam mulut PKR ni... Hahahaha.
Yang Guan Eng pun satu... Tahulah tertekan dengan masa yang semakin suntuk untuk dirinya.... Tapi agak-agaklah sampai nak 'bash' rakan sekutu sampai macam tu sekali... Boleh luahkan benda yang terpendam lama rupanya.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, tidak tepat untuk Guan Eng membandingkan pilihan raya negeri dengan pilihan raya kecil yang didakwa Guan Eng digerakkan PKR tanpa berunding dengan rakan sekutu dalam pakatan.
Fahmi menjelaskan, tindakan pilihan raya kecil yang diputuskan oleh PKR tanpa persetujuan rakan sekutu hanya melibatkan satu kerusi, tetapi pilihan raya negeri yang mahu diadakan oleh DAP ini melibatkan 40 kerusi DUN Pulau Pinang yang memberi impak kepada semua parti.
Oleh demikian, Fahmi menegaskan bahawa PKR sentiasa berunding, mendengar dan menjaga hubungan baik antara rakan sekutu untuk memastikan pembangkan berjaya menawan putrajaya pada pilihan raya akan datang.
"PKR sentiasa menjadi rakan yang konsisten dalam gabungan politkik sama ada ia adalah Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan. Kami sentiasa berunding, mendengar dan bertindak berdasarkan pandangan dibangkitkan rakan dalam gabungan itu dan akan terus begitu dalam usaha bersama membina Malaysia lebih baik," kata Fahmi.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan