BREAKING NEWS

Guan Eng gila kuasa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang


27 July 2016 - Memang Guan Eng muka tak malu, ada hati nak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun kes rasuahnya yang belum lagi selesai. Agaknya Guan Eng ni nak duduk di penjara sambil menjadi pemimpin, sebab tu beria-ia sangat Guan Eng nak adakan PRN Pulau Pinang. Mungkin dia rasa dah cukup hebat nak pancing undi dengan mengunakan popularitinya di Pulau Pinang.

Ada ke yang sanggup lagi berhadapan dengan pemimpin yang macam tu ?? Rasanya dua penggal sudah cukup pahit buat rakyat Pulau Pinang kerana menjadi mangsa kekejaman DAP. Walaupun, sudah dua penggal Guan Eng masih tamakkan kuasa untuk memegang jawatan Ketua Menteri meskipun masih berhadapan dengan kes rasuah yang belum selesai.

Namun, Guan Eng yakin akan terus memimpin Pakatan Harapan dengan kemenangan pada PRN Pulau Pinang. Macam dah betul-betul yakin je DAP akan terus kekal di Pulau Pinang, mana tahu melalui PRN ni rakyat tertunggu-tunggu untuk mengubah jawatan Ketua Menteri yang sedia ada kerana  dilihat tidak menjalankan tugas dengan bersih dan saksama.

Jika keputusan sebaliknya berlaku, putih mata la Guan Eng. Sebab tu rakan sekutu mereka masih ragu-ragu dengan tindakan Guan Eng. Bila sikap gila kuasa dan tamak menyelubungi diri, macam tu la akibatnya. Mungkin, takut hilang jawatan sebagai Ketua Menteri  Guan Eng sanggup lakukan apa saja demi menjaga kepentinggan diri.

Dalam pada itu, Guan Eng menyatakan hasrat rakyat yang mahukan kerajaan yang bebas rasuah dan bersih. Namun, apa sudah jadi dengan kes rasuah yang menimpanya. Adakah Pulau Pinang akan terus berkerajaan bersih jika masih menyimpan Guan Eng ?? sedangkan dia sudah tahu rakyat menginginkan seorang pemimpin yang telus.

"Saya akan terus memimpin Pakatan Harapan sekiranya PRN diadakan. Saya percaya, rakyat akan buat pilihan yang terbaik kerana tiada rakyat yang mahukan kerajaan rasuah sebaliknya kerajaan bersih seperti kerajaan negeri Pakatan Harapan dibawah pimpinan saya ," katanya

Guan Eng ni seolah-olah nak tutup sebarang cacat cela semasa dia memerintah kerajaan Pulau Pinang.., sebab tu lah dia berani untuk keluarkan kenyataan yang mencerminkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang baik dan menjadi pemimpin yang adil di dalam Pakatan. Padahal dialah yang paling teruk sekali antara semua KM dalam sejarah negeri!!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online