BREAKING NEWS

Puak GKCM patut di pasung kerana Bakar Buku Perlembagaan UMNO.


1 July 2016 - Melampau betul Gerakan Ketua Cawangan Malaysia NI.. Buat provokasi yang melampau dengan membakar buku perlembagaan Umno. Macam dah ketandusan idea sangat nak protes Umno sampai ambil keputusan macam tu.

Dah terdesak sangat ke puak GKCM ni ?? Ataupun mereka memang segaja nak mintak perhatian kononnya bila buat macam ni, pihak atasan Umno akan kecut perut. Terbukti perbuatan mereka tu belum matang dalam permainan politik kerana tindakan macam ni menunjukkan geng-geng GKCM tu kebudak-budakkan.

Tindakan yang tak bermoral tu turut mendapat perhatian wakil Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO. Mereka akan mengambil tindaan diatas kelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan GKCM. Membakar buku perlembagaan Umno macam ni , hanya satu perbuatan yang merugikan parti sendiri.

“Perbuatan membakar buku perlembagaan UMNO oleh mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai GKCM itu ternyata amat tidak matang serta tidak rasional, dan kami menggangap perbuatan provokasi mereka itu sebagai satu perbuatan yang menghina UMNO'', kata Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

Banyak runggutan daripada ahli akar umbi Umno yang mendesak puak GKCM dikenakan hukuman ke atas tindakan mereka. Selepas desakan tersebut, laporan polis telah dibuat keatas kesalahan provokasi GKCM yang melampau.

Dalam pada itu, polis akan menyiasat kes provokasi tersebut berdasarkan bukti yang telah diperolehi daripada kejadian berkenaan.

Geng-geng macam tu sebenarnya tak perlu kita bertikam lidah. Mungkin mereka akan lebih bersikap agresif dan juga mungkin akan bertindak diluar kawalan dengan membakar bendera Umno lepas ni. Laporan polis adalah jalan terbaik untuk mengheret pesalah yang melakukan provokasi yang melampau terhadap Umno.

Rasanya GKCM perlu sedar provokasi yang tidak bermoral akan memberi kesan negatif kepada masyarakat. Kalau tak setuju sekalipun, mereka boleh saja guna medium yang sesuai untuk meluahkan pandangan. Bukannya tunjuk tak puas hati dengan cara membakar buku perlembagaan Umno. Sebenarnya tindakan macam ni yang menyerlahkan lagi kebodohan mereka.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online