BREAKING NEWS

PAN dah merajuk tak mahu pujuk PAS lagi..


1 July 2016 - Dah malas agaknya Parti Amanah Negara (PAN) nak pujuk Parti Islam Pas supaya kembali bekerjasama dengannya dalam Pakatan Harapan.

Hari tu bukan main dorang beriya-iya nak pujuk Pas sebab nak elak pertembungan banyak penjuru ketika Pilihan Raya Umum(PRU) ke-14 akan datang. Sekarang ni kata dah taknak pulak..

Mungkin PAN dah tawar hati nak pujuk Pas sebab Pas buat tak tahu je bila PAN dan Pakatan Harapan dok pujuk.. Kesiannya dorang kannn.. Dulu siapa suruh korang berpecah.., nahhhh sekarang ni terhegeh-hegeh pulak nak kerjasama!

Rasanya sebab tu lah PAN sekarang ni dah kecewa... Terus dorang suruh sekutunya untuk lupakan hasrat dorang untuk mengelakkan daripada pertembungan banyak penjuru.

Kerana Pas berdegil tak nak bergabung, jadi terpaksa la jugak PAN hadap Pas dan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata rakan sekutunya sekarang ni tak payah nak buang masa pujuk Pas lagi. lebih baik dorang mempersiapkan diri untuk berdepan dengan musuh mereka tu.

"Suka atau tidak, kita perlu menerima pertandingan tiga penjuru sebagai satu realiti politik," katanya.

Haaaa... elok sangat la kalau korang dah sedar sebab tak mungkin la Pas akan jilat ludah sendiri. Lagipun dulu korang jugak yang taknak Pas dalam gabungan... sekarang ni pandai pulak nak merayu dan melutut bagai mintak rujuk. Eiiii tak malu ke??

Rela atau tidak dorang terpaksa jugak berdepan dengan Pas dan BN... Ala korang kan kuat... power nokharommmm! Taknak kecut perut kot nak hadap Pas je pun... Tak kan tu pun ketar lutut??

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online