BREAKING NEWS

Pilihanraya Negeri - Wan Azizah pun tak percaya dengan Guan Eng.


21 July 2016 - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah seakan tidak bersetuju dengan keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang apabila mengatakan PKR masih belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tersebut.

Memang tak setujulah jawabnya kalau pilihan raya yang diadakan ini semata-mata mahu mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri.... Bukan macam tu caranya nak buktikan Guan Eng bersalah atau tidak dalam kes rasuah ni.

Nak buktikan Guan Eng bersalah ataupun tak... Buktikan di dalam makhamah.... Biar hakim yang menentukan sama ada Guan Eng bersalah ataupun tak... Bukannya dengan mengadakan pilihan raya yang jelas hanya membazirkan wang!!

Lagi satu, kes rasuah ini hanya melibatkan Guan Eng seorang sahaja.... Kenapa DAP perlu mengheret rakyat Pulau Pinang dalam kes rasuah Guan Eng untuk membuktikan Guan Eng bersalah ataupun tidak?? Permainan apa yang cuba dimainkan DAP ini??

Wan Azizah yang seakan tidak bersetuju dengan keputusan DAP itu, bagaimanapun mengatakan pihaknya masih membuka pintu kepada DAP untuk mengadakan perbincangan mengenaninya.

"Kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar. Namun pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," kata Wan Azizah.

Pandai betul Wan Azizah nak ambil hati DAP.... PKR masih membuka pintu untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara ini bagai... Kalau tak setuju tu, cakap je tak setuju... Tak payah nak kata boleh berbincang bagai lagi.

Takkan Wan Azizah tak tahu kot yang keputusan DAP ni betul-betul takda faedah.... Tak ada keperluan pun nak diadakan pilihan raya mengejut ni!!

Catat Komen

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online