BREAKING NEWS

Bersih pun dah tak sehaluan dengan DAP sebab kegilaan Guan Eng.


21 July 2016 - Hairan jugak... selalunya apa yang selalu diperkatakan dan segala kemahuan DAP mesti akan diiyakan sahaja oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH). Segala yang dilakukan DAP pasti akan mendapat sokongan padu daripada mereka. Tapi lain pulak kali ini... adakah Bersih sudah tidak sehaluan dengan DAP??

Agak memeranjatkan apabila Bersih menyoal kembali dan menggesa DAP supaya mempertimbangkan semula cadangan mahu menyelamatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan mengadakan pilihan raya mengejut. Itulah khabar angin yang bertiup kencang dan semakin hangat diperkatakan ketika ini.

Menurut Bersih, pihak mereka tersangat bimbang dan khuatir dengan khabar angin yang melanda Pulau Pinang tersebut. Malah mereka menuntut pihak parti untuk menjelaskan perkara itu dengan lebih terperinci... iyela untuk keperluan apa pilihanraya negeri lebih awal itu mahu diadakan. Sedangkan ia langsung tidak perlu.

"Kami menggesa DAP mengambil lebih banyak masa untuk berunding dan memikirkan semula tentang pilihan raya mengejut ketika negara kini dalam masalah kepemimpinan untuk berdepan isu tadbir urus dan resolusi mengenai bebanan ekonomi.

"Sebagai sebuah parti politik yang mendakwa bertanggungjawab, sekarang adalah masa untuk DAP libatkan diri dengan pengundi dan memberi tindak balas yang boleh diterima, jika tidak, mereka harus melupakan idea untuk mengadakan pilihan raya mengejut," katanya.

Sedangkan semalam Guan Eng seperti mengelak daripada memberi penjelasan ketika mesyuarat tergempar PKR diadakan. Guan Eng yang katanya akan hadir untuk memberi taklimat kepada pemimpin PKR mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.... langsung tak nampak bayang. Ehhhh nak mengelak ke??

Tujuan Guan Eng sebenarnya nak cari publisiti dan simpati rakyat je... nak lari daripada isu rasuah yang dikaitkan dengan diri. Sedangkan sekutu sendiri pun pertikaikan kenapa pilihanraya harus dilakukan tanpa sebarang motif. Nampak tak yang Guan Eng tak senang duduk sekarang ni.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online