BREAKING NEWS

Perkasa akan "tawan" Kelantan di PRU14?


Sebelum ni Perkasa memang sudah berhasrat untuk di ikhtiraf sebagai salah satu parti politik di Malaysia, mereka juga kononnya nak bersaing dengan UMNO dan juga PAS dengan muncul sebagai blok ketiga parti melayu islam.

Perkasa juga berhasrat mahu bertanding di PRU-14 dan berkemungkinan menjadi calon di Kelantan, kerana menurut Presidennya, rakyat kelantan hanya terikat dengan UMNO dan juga PAS dalam pilihan raya.

“Saya sendiri juga tidak menolak kemungkinan menyusun strategi, paling tidak kalau bukan di peringkat nasional, mungkin (saya akan) bertanding di Kelantan '', kata Datuk Ibrahim Ali

Jadi perkasa mengambil peluang ni untuk melebarkan sayap mereka sebagai parti politik, dan menjangka akan merebut perhatian rakyat Kelantan. Kononnya di Kelantan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain PAS dan UMNO, kali ni Perkasa akan menjadi saingan kepada parti-parti tersebut.

“Kalau di Kelantan, kita tengok (hanya) ada dua parti (iaitu) UMNO dan PAS yang kedua-dua (parti itu) nampaknya rakyat sokong kerana rakyat tiada pilihan. Antara UMNO dan PAS (di Kelantan) tidak ada kumpulan ketiga yang boleh menjadi alternatif (kepada rakyat) yang kredibel,”katanya.

Jika tidak bersendirian, Perkasa juga dijangka akan bergabung dengan mana-mana parti untuk membentuk blok ketiga. Nampaknya, Pakatan Harapan akan bertambah ahli kerana Perkasa akan membentuk satu parti pembangkang selepas ni. Mungkin, PAN dan Perkasa juga akan bergabung menjadi macai DAP.

Walaupun, Perkasa tewas pada PRU-13 di Parlimen Pasir Mas, namun mereka masih bermimpi untuk menjadi salah satu parti politik yang dipilih rakyat pada PRU-14 akan datang. Mungkin, rakyat perlu tunggu sejauh mana Perkasa boleh menarik perhatian pengundi sedangkan mereka tiada matlamat parti yang kukuh.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online