BREAKING NEWS

Guan Eng anggap Penyelidik Penang Institut sebagai "ANJING"???


Kenyataan Ketua Menteri "Perasuah" P.Pinang semasa ucapannya di Majlis Pelancaran Bangunan Baru Institut P.Pinang baru-baru ini mencetus kemarahan awam.

Didalam ucapannya, Ketua Menteri P.Pinang seolah-olah menggambarkan kumpulan penyelidik di Institut berkenaan sebagai "binatang peliharaan" yang perlu patuh pada orang yang memberi mereka makan.

Dalam bahasa mudahnya, Guan Eng menyamakan kakitangan di Institut berkenaan sebagai "anjing" apabila menggunakan ayat "menggigit" dan "menyalak" didalam ucapannya semasa majlis berkenaan.

Sangat memalukan apabila golongan bijak pandai di Institut P.Pinang boleh digelar sedemikian rupa oleh Ketua Menteri yang berlagak bijak. Walhal, Ketua Menteri berkenaan sendiri kini didakwa atas tuduhan menyeleweng dan salah laku rasuah.

Jika para penyelidik di satu institusi terpelajar seperti Intitut P.Pinang dianggap seperti "anjing" kerana mengkritik kerajaan negeri, bagaimana pula taraf seorang Ketua Menteri yang didakwa salahguna kuasa dan menipu rakyat seluruh negeri P.Pinang?

Apalah sangat dengan "menggigit dan menyalak" jika nak dibandingkan dengan perangai "telan hidup-hidup dan kencing merata-rata" oleh Ketua Menteri DAP berkenaan?

Kita faham jika Guan Eng kini sangat tertekan dengan tuduhan jenayah rasuah yang dihadapinya, tapi ia bukan bermakna Guan Eng boleh merendahkan maruah penyelidik di Institut P.Pinang dengan gelaran sedemikian.

Guan Eng sendiri sudah dikenali oleh rakyat P.Pinang sebagai "berlidah biawak".., jadi tak perlulah dia nak meroyan sangat untuk melabelkan orang lain sebagai setaraf dengannya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online