BREAKING NEWS

Husam berlagak "Tuhan" untuk tentukan kekalahan PAS.


Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyelar ramalan bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa yang mendakwa Pas akan jatuh dalam Pilihan Raya Umum nanti.  Mohd Amar mengatakan, kalah menang sesuatu perkara itu bukan ditentukan oleh manusia, tetapi Allah yang menentukan.

Hahaha..... Ambik kau Husam... Sekali kena tembak dengan Pas baru berakal... Sesuke hati jer duk kata Pas bakal kalah di Selangor dan di kubu kuat parti Islam itu di Kelantan.... Yang tak tahannya tu, Husam buat ramalan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Tahu laa Husam ni kecewa dengan Pas sebab dah dipecat dari parti.... Tapi agak-agak laa nak buat ramalan kepada bekas parti tu.... Yang tak tahan tu siap kata kubu kuat pun akan tewas, musnah.... Macam Tuhan pulak si Husam ni!!

Husam ingat Pakatan Harapan yang ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat tu dah cukup kuat ker sampai nak buat ramalan Pas akan jatuh?? Daripada Husam duk kata dekat Pas, lebih baik Husam beri nasihat kepada Pakatan Harapan tu.

Pakatan Harapan tu tak hebat mana sangat pun.... Dengan Pas dalam PRK tu baru-baru ni tak jauh beza... Sepatutnya Pakatan Harapan boleh dapat undi lebih lagi, sebab Pakatan Harapan terdiri daripada 3 parti berbanding Pas yang kini bergerak solo.

Menurut Mohd Amar, ramalan Husam mengenai kekalahan Pas di dua buah negeri tidak menjejaskan semangat parti Islam itu dan Husam sama sekali tidak boleh melawan takdir ditetapkan, sekiranya Allah telah menetapkan kemenangan buat Pas pada pilihan raya akan datang.

"Kalau Husam ingin Pas kalah sekalipun, kalau Allah tidak takdirkan pas kalah, tidak kalah Pas. Walaupun Husam beria-riah mahu Pas kalah, jika takdir Allah kata Pas menang, Pas menang juga.

"Semangat kita tidak runtuh walau siapa-siapa kata pun kita tak runtuh. Pas berjuang bukan atas manusia, Pas berjuang atas tuntutan agama. Orang nak kata apa pun katalah, kita tak peduli," kata Mohd Amar.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online