BREAKING NEWS

Pembangkang tidak mungkin dapat duduk semeja


19 July 2016 - Angan-angan puak pembangkang yang mahu mereka kekal di dalam satu pakatan tidak mungkin akan berlaku. Pembangkang yang baru atau lama yang akan bergabung tidak semestinya menjadi kenyataan, mungkin akan terjadinya dua puak di dalam pakatan ekoran corak politik mereka yang berbeza.

Menurut TS Annuar Musa, pembentukkan tersebut bukannya satu pilihan atau perintah. Namun gabungan tersebut hanya menunjukkan skema dan misi Tun M untuk memperjuangkan kedudukan anaknya di dalam carta politik negara. Mungkin, Puak pembangkang lainnya juga hanya menumpang populariti Tun M.

Kewujudan parti tersebut tidak mudah yang disangka, kerana blok pembangkang yang lain sentiasa memerhati tingkah laku Tun M walaupun mereka kononnya bakal bersatu kelak. Tiada persefahaman dan hanya mempunyai satu parsamaan agenda hanya akan menempah tiket kekalahan pada PRU akan datang.

" Parti pembangkang yang terdiri daripada Pas, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) mempunyai ketuanya sendiri dan mereka sentiasa menghidu setiap pergerakan Dr. Mahathir, yang sehingga kini belum mempunyai sebarang platform atau parti sendiri. Pengikutnya juga tak seberapa," katanya

Dalam pada itu, sifat pembangkang yang berbaik mengikut musim saja belum tentu dapat menarik perhatian rakyat. Bila nak dekat PRU, kononnya nak buat gencatan senjata, tak mahu bertikam lidah dan mengembleng tenaga untuk menentang musuh yang satu. Itu hanya tipu muslihat pembangkang yang dapat dilihat jelas untuk musim PRU yang bakal tiba.

Bagi UMNO/BN mereka terus kekal dengan agenda kepada rakyat, tidak kira musim PRU atau tidak mereka tetap sama membantu rakyat sesuai dengan tujuan politiknya. Justeru, mereka lebih memperkasakan parti dan memantapkan lagi BN untuk menyambut PRU-14.

Oleh itu, corak politik di Malaysia harus berubah untuk lebih segar dan menyekat politik dendam, berkepentingan peribadi dan rasis dalam pilihan raya nanti.

1 ulasan :

  1. Ini sudah mencapai tahap professor serba tahu ini. Lebih sudu dri kuah nampak!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online