BREAKING NEWS

Banjir Kilat.., DAP salahkan Bulan Purnama.


Walaupun umum telah mengetahui kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang berpunca dari kerakusan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengaut wang rakyat, DAP Pulau Pinang hari ini masih menafikan perkara tersebut.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh banjir yang melanda Pulau Pinang berpunca daripada fenomena 'bulan purnama' yang menyebabkan air pasang tinggi sekaligus menyukarkan air untuk surut.

Pulak dah pemimpin DAP ni.... Boleh pula salahkan bulan sebab berlakunya banjir... Padahal banjir yang berlaku ni disebabkan projek mega kerajaan negeri seperti menggondolkan bukit serta menambak laut untuk pembangunan di negeri itu.

Pemimpin DAP ni kalau bab bagi alasan memang tak boleh masuk akal punya... Dah terang-terang benda yang berlaku tu salah sendiri, boleh pula satu alasan untuk menutup kesalahan diri... Buat pula alasan tahap lawak bodoh tu.

Samalah macam alasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini... Bagi alasan banjir yang melanda Pulau Pinang disebabkan hujan lebat... Kalau hujan tak lebat takkan berlakunya banjir... Padahal kerajaan negeri yang tak pandai urus sistem pengaliran air!!

Dalam masa sama, Phee Boon turut melahirkan rasa kebimbangan ekoran fenomena ni dan memaklumkan bahawa rakyat di kawasan yang terjejas telah pun dipindahkan di tempat lebih selamat.

"Kebimbangan utama kami adalah nasib orang yang berpindah. Mereka sudah dipindahkan ke dewan-dewan masyarakat. Buat masa ini saya tidak boleh beritahu jumlah mereka yang dipindahkan, tetapi kebanyakkannya daripada Teluk Bahang," kata Phee Boon.

Macam ni ke jadi Exco dan pemimpin negeri Pulau Pinang?? Jumlah mereka yang dipindahkan pun tak ambil tahu... Macam mana boleh jadi Exco dan pemimpin negeri pun tak tahulah... Takkan rakyat Pulau Pinang buta kot pilih pemimpin macam ni?

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online