Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS tak yakin Guan Eng berani bubar DUN.
Comments : 0
26 July 2016 - PAS dilihat masih meragui PRN Pulau Pinang yang dikatakan akan diadakan dalam tempoh masa terdekat. Sebelum ini, PAS yang beria-ia mengeluarkan kenyataan untuk meletakkan calon dan pemuda PAS Pulau Pinang juga telah mengerahkan jentera parti untuk bersiap sedia dalam PRN tersebut.
Sebaliknya, sekarang PAS pula yang meragui PRN yang bakal diadakan, boleh jadi ia hanya sekadar gosip politik yang digembar-gemburkan untuk menutup sesuatu perkara yang mengaibkan parti tertentu. Mungkin, PAS merasakan kerajaan negeri Pulau Pinang belum bersedia untuk melakukan pemilihan sedangkan sekutu parti DAP dalam Pakatan Harapan masih belum menunjukkan tanda setuju.
Menurut Datuk Mustafa Ali, PAS menjangka PRN tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana berdasarkan analisis beliau sendiri, DAP belum bersedia untuk mengadakan PRN tersebut kerana terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadi penghalang kerajaan negeri untuk melakukan PRN dalam masa terdekat.
"Pada saya, saya tidak yakin pilihan raya negeri Pulau Pinang akan diadakan, dan beberapa faktor yang memungkinkan atas perkara ini walaupun perkara ini seringkali di gembar- gemburkan oleh sesetengah pihak.
Mungkin, disebabkan DAP menunggu persetujuan daripada puak sekutunya, ia akan mengambil masa yang agak lama. Nampaknya, masih belum ada ahli sekutu dalam Pakatan yang mengelurkan kenyataan sama ada bersetuju ataupun mahu meletakkan calon mereka dalam PRN yang bakal diadakan.
Sebab tu, PAS menjangka PRN ini tidak akan dilakukan sekarang. Mungkin juga, ia hanya mainan politik semata-mata dan tidak akan menjadi kenyataan kerana kesediaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ingin mengadakan PRN secara mengejut mengundang pelbagai spekulasi.
Walaupun, PAS meragui keputusan kerajaan Pulau Pinang, mereka tetap bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. Agaknya, PAS mengambil jalan selamat untuk tetap bersiap sedia walaupun belum tentu PRN akan diadakan ataupun hanya khabar angin politik saja.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan