BREAKING NEWS

Memang melayu takkan mati tanpa UMNO.., cuma melayu hanya hilang Kuasa Politik sahaja!!


26 July 2016 - Dengan nada bangga DS Shafie Apdal menyeru seluruh penyokongnya terutama melayu untuk tidak merasa kehilangan setelah tidak lagi bersama dalam perjuangan parti UMNO. Kononnya melayu akan terus hidup dan tidak akan mati walaupun tidak menjadi sebahagian daripada UMNO kerana memilih untuk bersama Shafie.

"Jangan takut, jangan bimbang, orang Melayu Bumiputera tidak akan mati tanpa Umno ,"katanya

Nampaknya, semakin berani kenyataan Shafie sekarang. Mungkin sebab tidak terikat dengan UMNO, beliau makin tunjukkan belang siapa Shafie sebenarnya. Sebab tu, semua penyokongnya diberikan janji setinggi langit kerana jika tidak tunjuk 'otai' kepada penyokongnya mana mungkin ada yang setia.

Dengan kenyataan begitu, penyokong Shafie merasa mereka membuat pemilihan tepat untuk bersama-sama Shafie dalam perjuangan politik. sejauh mana Shafie boleh yakinkan penyokongnya yang sekarang hanya dikenali sebagai seorang pengkhianat parti.

Shafie tidak menunjukkan teladan sebagai pemimpin yang cukup taat dan setia kepada parti, tidak mustahil penyokong yang dianggap setia kepada Shafie akan berubah dalam jangka masa yang singkat. Slogan melayu tak akan mati tanpa UMNO, akan dituntut oleh setiap penyokong tegar Shafie sekiranya beliau hanya tahu bercakap kosong dan tiada apa-apa pulangan yang bakal diberikan kepada mereka.

Bukan saja manusia yang berubah, begitu juga dalam berpolitik. Tiada apa yang kekal sekiranya semua janji pemimpin adalah dusta. Mungkin, hari ini Shafie menerima sokongan daripada ramai penyokongnya di Sabah, tidak bermakna kejayaan 'brainwash' Shafie telah berjaya sepenuhnya untuk menakluki rakyat melayu di Sabah.

Apa saja keputusan yang dilakukan Shafie tidak patut dibandingkan dengan UMNO, kerana sekian lama beliau di dalam parti dan sudah mengetahui selok belok perjuangan parti yang sentiasa mengutamakan rakyat. Namun, diatas sifat dendam yang tidak pernah padam, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut. Walaupun sudah mengetahui parti UMNO sentiasa memperjuangan bangsa melayu dan agama Islam.

"Kelantan 20 tahun Pas pegang, DAP pegang Pulau Pinang dua penggal, di Selangor, PKR perintah dua penggal negeri itu...tak mati org Melayu," katanya

Memang orang melayu tak akan mati tanpa UMNO, tapi selama ini yang memberi keselesaan kepada orang melayu adalah UMNO dan kerajaan BN. Kalau Shafie nak bandingkan negeri yang bersama pembangkang , ia satu pandangan yang bodoh untuk dikeluarkan oleh seorang pemimpin, kerana umum mengetahui negeri dibawah pimpinan pembangkang sering dilanda masalah dan kebajikan rakyat juga tidak dijaga.

Oleh itu, UMNO/BN juga yang membantu rakyat yang berada dibawah kerajaan pembangkang. Jika hanya mengharapkan kematian. Itu bukan lah kuasa pemimpin mana-mana parti politik. Malah pemimpin politik hanya sebagai ketua untuk memenuhi segala keperluan yang diperlukan rakyat dan menjamin masa depan negara yang baik.

Hakikatnya, sikap pemimpin yang hanya mementingkan diri seperti Shafie tidak patut untuk disanjung. Malah beliau juga mengambarkan api kemarahan yang melampau terhadap UMNO hanya memberi persepsi buruk terhadap rakyat yang mengenalinya sebagai salah seorang pemimpin masyarakat dan negara.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online