Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Guan Eng yakin dapat bodohkan PKR dan PAN.
Comments : 0
24 July 2016 - Kerajaan DAP Pulau Pinang yakin dapat memperbodohkan rakan sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) serta memaksa untuk bersetuju melaksanakan pilihan raya mengejut di negeri tersebut. Sekarang ini kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menunggu ‘green light’ daripada parti gabungan Pakatan Harapan tersebut sahaja.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang yakin bakal mendapat kata persetujuan daripada mereka kerana konon rakan sekutunya tu telah sedia maklum dengan hasrat mengapa perlunya diadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut itu.
Yela... memang sudah sedia maklum pun... Guan Eng gelojoh nak adakan PRN sebab nak selamatkan dirinya serta membersihkan imejnya dari segala pertuduhan rasuah yang mengaitkan dirinya. Hanya dengan cara itu dia mampu selamatkan kerjaya politiknya.
"Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad , sila tunggu pengumumannya," katanya.
Sebelum ini Guan Eng berkata... Kononnya DAP Pulau Pinang tidak akan mengabaikan rakan sekutu mereka. Malah akan berusaha untuk mencapai kata persetujuan bersama... konon tak kan ambil keputusan secara unilateral berhubung PRN katanya. Cehhhhh nak buat perbincangan dan pertimbangan la sangat kan.
Tengok dari cara kerajaan DAP Pulau Pinang ni dorang macam memaksa PKR dan PAS untuk bersetuju supaya PRN diadakan je! Dah tu bagi dua pilihan je sama ada mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Guan Eng. Manakala pilihan kedua pula menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.
Cuba fikirkan... Kalau Guan Eng betul tak salah kenapa tak tunggu ke PRU14 yang akan datang?? Lagi dua tahun je lagi... kenapa perlu bubarkan DUN pulak?? Konon nak ukur sokongan la sangat kan... padahal takut ‘akibat’ dari tindakan Guan Eng yang main rasuah tu.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1. Tak pasti la sama ada PKR dan PAS akan bersetuju atau tak dengan cadangan DAP... sama-sama la kita nantikan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan