BREAKING NEWS

PAS kini hadapi ancaman musuh dalam selimut.


21 July 2016
- Ahli-ahli PAS kini di lihat sudah mula menuduh serta berburuk sangka kepada ahli dalaman parti yang lain.. Agaknya banyak sangat ke musuh dalam selimut yang ada dalam parti PAS sampaikan ramai ahli PAS, sudah mula menunjukkan sikap tidak percaya antara satu sama lain di dalam perjuangan mereka.

Mana tidaknya, penubuhan parti PAN juga telah menjadi bukti ahli PAS yang sedia ada tidak boleh dipercayai. Malah sanggup menubuhkan parti baru semata-mata mahu melawan rakan-rakan seperjuangan mereka dahulu. Luka yang ahli PAS terima dari penubuhan PAN juga masih lagi berdarah.

“Dalam jemaah, kita akan bertemu dengan 1001 ragam manusia, yang datangnya daripada pelbagai latar-belakang, taraf pendidikan, cara bertindak dan gaya berfikir. Mungkin ada yang jenis laju bertindak, ada pula yang jenis lebih suka diam memerhati, ada juga jenis yang lambat bergerak. Wujudnya kerencaman dan kepelbagaian pendekatan ", kata Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Pas, Syed Ahmad Fadhli

Tambahan lagi, ura-ura mengatakan ada pemimpin PAS yang akan menjadi pengkhianat parti dengan mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan peribadi. Nampaknya, ahli PAS masih tidak mengamalkan konsep taat setia terhadap parti. Tidak cukup dengan kewujudan parti serpihan, malah ahli PAS seolah-olah sudah mula muak dengan corak politik mereka.

Mungkin juga, kerana sikap ahli PAS serta pemimpin mereka sendiri, ada yang bertindak menuduh dan buruk sangka di dalam kalangan ahli ukhwah mereka. Mungkin perbuatan tersebut akan menjadi satu punca keruntuhan bagi PAS.

Jika berlaku, peperangan tuduh menuduh seperti ini, mungkin pergolakkan besar akan berlaku dalam jangka masa yang terdekat. Dengan adanya parti serpihan, tak mustahil semakin ramai ahli PAS yang akan berpaling tadah terhadap PAN nanti. Nasib PAS juga akan ditentukan oleh ahli yang tetap setia kepada perjuangan mereka.

Sekiranya, masalah dalaman ahli PAS ini tidak dapat diselesaikan, mungkin parti tersebut tidak akan kekal lama di dalam arena politik. Ahli parti memainkan peranan penting bagi mengerakkan parti untuk terus kedepan. Walaupun PAS merupakan parti pembangkang yang sudah lama menapak, ia akan musnah sekiranya ahli PAS sering menikam sesama sendiri.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online