Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
BN perlu berani ketengahkan calon muda di PRU 14
Comments : 0
21 July 2016 - Pembaharuan sistem politik UMNO harus dipertingkatkan agar dapat memilih lebih ramai calon muda di PRU. Calon muda juga dapat menarik pengundi dari golongan muda untuk memilih BN dalam PRU akan datang. Peratusan yang tinggi untuk calon muda depani PRU dapat mengukuhkan keyakinan terhadap hala tuju parti tersebut.
Peluang sebagai calon bukan saja dapat menangkis tuduhan puak pembangkang yang mengatakan UMNO tidak memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin, tidak seperti pembangkang yang telah membuka ruang untuk pemimpin muda.
Adanya calon muda di PRU, pembangkang tidak akan menjadikan isu ini sebagai modal murahan mereka untuk mengutuk UMNO/BN.
Mungkin, perubahan tersebut dapat menghalang pembangkang memainkan isu berkenaan melalui media sosial bagi merayu undi golongan muda. Kaedah propaganda yang digunakan pembangkang untuk mendapat perhatian mereka boleh diubah sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk meletakkan calon muda.
Mungkin juga, bagi UMNO calon muda kurang berpengalaman berbanding pemimpin yang sedia ada. Tapi melalui peluang ini, sokongan terhadap parti akan lebih bertambah.
Jika golongan muda mendapat peluang untuk memimpin tak mustahil mereka juga akan diangkat menjadi ikon kepada golongan muda dan pemimpin muda juga dapat membendung masalah sosial di kalangan mereka.
"Saya yakin sekiranya calon anak muda diketengahkan mempunyai kriteria 'winnable candidate', tidak mustahil mereka akan diterima sepenuhnya golongan pengundi terutama golongan muda yang mendahagakan wakil rakyat dari kalangan mereka sendiri ", kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit Buntar, Mu'ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin
Selain itu, calon muda yang berketerampilan harus dipilih bagi memastikan hala tuju politik UMNO yang sudah menjadi parti gergasi dalam arena politik Malaysia.
Mungkin, calon muda dapat mencari corak baru dalam cara dan gaya berpolitik bagi suasana landskap politik yang kian berubah masa kini.
Oleh itu, sokongan harus diberikan kepada calon muda untuk menjadi pelapis kepada pemimpin yang sedia ada.
Justeru, calon muda harus diberi pendekatan mengenai perjuangan politik parti dan memberi peluang untuk mereka menjadi salah seorang pemimpin di kalangan ahli politik di dalam negara, nescaya dengan kreadibiliti pemimpin muda, UMNO/BN akan terus berdaya maju berbanding sebelumnya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan