BREAKING NEWS

Nampaknya PKR nak hancurkan Guan Eng perlahan-lahan..


28 July 2016 - Nampak sangat yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu ‘membunuh’ dan menghancurkan kerjaya politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng secara perlahan-lahan. Sebelum ini dorang terpaksa bersetuju dengan apa sahaja kemahuan DAP dan pemimpin atasan mereka... tapi kali ini taring PKR semakin lama semakin kelihatan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyifatkan tindakan PKR yang enggan bekerjasama dan tidak setuju dengan rancangan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, boleh dianggap sebagai satu tamparan hebat kepada DAP dan Guan Eng.

Keputusan tidak sokong dan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden PKR, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail... keputusan tersebut bukan sahaja memberi tamparan yang hebat kepada Guan Eng. Malah mencarikkan ego Setiausaha Agung DAP itu.

"Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Lim dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan sekutu utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.

"Kegagalan Lim meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau mencalar maruah dan kredibilitinya sebagai setiausaha agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Ia juga menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadapnya sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang," ujar Zainal Abidin.

Keputusan tidak setuju itu jelas menggambarkan percabangan ideologi serta pendapat antara sekutu tersebut. Kalau Parti Amanah Negara (Amanah) tak payah cakap la... khadam tu memang setuju je apa pun. Sekarang ni Guan Eng tengah panik dan entah ugutan apa lagi yang bakal dibuat bagi mendapatkan kata sepakat dari PKR.

"Bersandarkan keputusan Pusat PKR semalam, bermakna 10 ADUN PKR Pulau Pinang belum bersetuju dengan pembubaran segera dewan undangan negeri, PAS yang mempunyai seorang ADUN juga tidak bersetuju.

"Oleh itu, kita boleh menganggap hanya 19 ADUN DAP sahaja yang menyokong cadangan tersebut setakat ini," katanya lagi.

Nampak sangat seramai 21 daripada 40 orang ADUN tidak menyokong dan tidak percaya kepada Guan Eng... hanya 19 orang ADUN sahaja yang menyokong. Adakah ini bermakna Guan Eng telah hilang kepercayaan?? Ditambah pula dengan tindakan PKR yang tak bersetuju... makin tak keruan la Guan Eng jadinya.

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online