BREAKING NEWS

Nga Kor Ming takut nak minta maaf pada Umat Islam.


13 July 2016 - Orang suruh dia minta maaf sebab menghina umat Islam yang sedang menyambut hari raya Aidilfiri, tapi boleh pula dia pergi maafkan peserta Himpunan Baju Merah yang mengadakan demontsrasi menuntut dirinya mohon maaf.

Pelik betul perangai Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming ni... Susah sangat ke nak sebut perkataan 'mohon maaf'?? Sampai ke hari ni tak sebut-sebut perkataan tu... Yang disebutnya adalah 'saya maafkan'.

Yang Nga Kor Ming nak maafkan perserta Baju Merah tu buat apa.... Dorang bukan ada buat salah apa-apa pun... Dorang datang nak suruh Nga Kor Ming mohon maaf kepada umat Islam saja... Bukan nak datang nak cari pasal dengan DAP di ibu pejabat DAP semalam.

Dah lah tak mahu mohon maaf... Pastu duk berwayang macam diri tu cukup baik.... Duk cakap sempena bulan raya ni, beliau maafkan kesemua peserta Baju Merah yang hadir menuntut beliau memohon maaf.

"Pada bulan Syawal ini, saya akan memaafkan mereka atas semangat Hari Raya Aidilfitri bagi kelakuan biadap mereka," kata Nga Kor Ming.

Rasanya lah kann.., pemimpin DAP ni memang fobia dengan perkataan 'mohon maaf' ni... Sebab tu kalau pemimpin DAP ada lakukan sebarang kesalahan, dorang cukup liat nak sebut perkataan tu... Macam ada Feng Shui kat lidah tu.... Hahaha.

Ingatkan dah tak mahu minta maaf tu pandai laa nak jaga kata-kata... Rupa-rupanya tak... Nga Kor Ming boleh kutuk perbuatan peserta Baju Merah dengan mengatakan mereka ini tergolong dalam golongan orang yang ketinggalan zaman dan tidak bermoral.

Pastu boleh pula duk babitkan Umno dalam hal ni... Padahal Umno dengan Baju Merah ni takda kena mengena apa pun... Bukannya Umno bayar atau upah mereka ni... Mereka ni kumpulan sukarelawan yang mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

"Mereka ketinggalan zaman dan muflis dari segi moral. Malaysia layak menikmati masa depan yang lebih baik. Rakyat harus ingat, Umno tidak lagi relevan untuk menerajui negara ini," katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online