BREAKING NEWS

Wan Azizah semakin tak mampu kawal Pakatan dan PKR


13 July 2016 - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan bagi membincangkan strategi untuk menguatkan semula gabungan parti pembangkang itu.

Kesian Wan Azizah... Tak pasal-pasal nak fikirkan macam mana nak kuatkan kembali Pakatan... Orang cakap bubarkan saja Pakatan tu tak mahu... Ni dah sibuk nak persiapkan strategi untuk kuatkan Pakatan Harapan.

Wan Azizah tak perlu nak pening-pening nak kuatkan Pakatan Harapan.... Cara paling senang Wan Azizah nak kuatkan Pakatan Harapan ialah bubarkan gabungan tu... Kalau DAP masih dalam gabungan tu.... Jangan haraplah Pakatan tu nak kuat... Lagi-lagi kalau PAN pun ada dalam gabungan tu.... Memang kelaut lah pakatan tu....

Wan Azizah berkata, mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan kelemahan Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan perlu mengatasi kelemahan tersebut demi perjuangan parti yang mendahulukan kepentingan rakyat.

"Kami mewarisi perjuangan pembangkang selama berdekad yang meletakkan kebajikan, kesenangan, keselamatan dan masa depan rakyat sebagai kepentingan teratas sesebuah parti.

"Hari ini kami membulatkan nekad bahawa pelbagai kelemahan Pakatan Harapan setakat ini perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan," kata Wan Azizah.

Rasa kelakar pula bila Wan Azizah mengatakan Pakatan harapan mewarisi perjuangan yang meletakkan hak rakyat paling teratas.. Betul ke Pakatan Harapan letak hak rakyat paling teratas dalam perjuangan mereka??

Kalau betullah apa yang dikatakan Wan Azizah ni... Kenapa rakyat di negeri dibawah kerajaan Pakatan Harapan masih tidak boleh hidup senang?? Kenapa rakyat di negeri di bawah 'payung' Pakatan Harapan iaitu Penang masih tidak mampu dan kebanyakkannya tidak memiliki rumah??

Semua ni auta puak Pakatan Harapan...Sembang je lebih!! Padahal Pakatan Harapan hanya mementingkan diri dan tidak mendahulukan rakyat seperti yang disuarakan!!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online