BREAKING NEWS

Wan Azizah meroyan dakwa Guan Eng mangsa politik Najib


14 July 2016 - Macam ni la kalau pembangkang bila keluarkan kenyataan, langsung tak fikir ikut logik akal. Rakyat pun mula rasa bosan dengan kenyataan puak pembangkang , selalu sangat tak nak mengaku kesalahan sendiri. Yang lagi menyedihkan pembangkang ni sering menuding jari kepada orang lain untuk disalahkan.

Korang tak rasa ke jijik perangai puak pembangkang tu, dah tau ekor penuh tahi tapi masih lagi nak tunjuk baik dan suci. Rakyat pun bukan buta tak dapat nak bezakan kesalahan ataupun penganiayaan. Tapi DS Wan Azizah ni tetap nak cakap Guan Eng tu adalah mangsa politik  DS Najib.

Mungkin, Wan Azizah dah habis modal nak tutup kesalahan 'geng sekapal' sampai mendakwa Najib yang menyebabkan semua ni berlaku. Kadang-kadang puak pembangkang ni memang suka buat kelakar, Sudah terang kesalahan yang dilakukan Guan Eng tapi pembangkang tetap nak tegak kan benang yang basah.

" Lim Guan Eng hanyalah mangsa politik yang digunakan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ", katanya

Kali ni nak salahkan Najib pulak, keputusan semua bergantung pada mahkamah dan undang-undang negara yang telah ada sekian lama. Rasanya pembangkang ni buta hati sebab tu masih ada pemikiran kolot di kalangan pemimpin mereka.

Padahal satu Malaysia dah tahu  Guan Eng sendiri yang menjadi hamba rasuah. Pertuduhan yang mengheret Guan Eng pun berdasarkan bukti yang telah dikumpul, kalau tak ada bukti macam mana kes ni boleh di bawa sampai ke mahkamah. Sepatutnya Wan Azizah tunggu sampai kes pertuduhan itu selesai, jangan jadi pembangkang yang setiap saat nak mempolitikkan isu.

Dalam pada itu, Wan Azizah juga kononnya akan turut serta dalam program membawa pemangsaan politik kepada rakyat. Program sampah macam ni pun boleh pembangkang buat, konon nak minta simpati rakyat.

Tak sudah dengan kutipan derma untuk Guan Eng, kali ni nak meraih sokongan rakyat supaya kembali pada pakatan yang sudah mula tercemar.

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online