BREAKING NEWS

Mahathir ingat buat parti baru macam Buka Kedai Kopi??


19 July 2016 - Nak tubuhkan satu parti politik baharu bukan macam korang nak dirikan kedai kopi.... mudah dan sekelip mata sahaja.

Cakap nak dirikan dan buka satu kedai kopi memang mudah... akan tetapi tak kemana jika tiada pelanggan yang singgah. Lama kelamaan lingkup macam tu jugak, betul tak??

Menteri sumber asli dan alam sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dorang fikir yang nak tubuhkan parti baharu tu semudah ABC... macam buka warung kedai kopi je!

Bukan taknak bagi tubuhkan... itu memang hak korang tapi apa guna buat parti baharu jika tiada ahli yang secukupnya?? Lama kelamaan akan dibubarkan juga!

“Parti politik, dia macam kedai kopi..dia boleh buka (ditubuhkan) kedai hari ini, dia akan ‘lingkup’ kalau pelanggan (ahli) tak ada.

“Parti mesti mempunyai visi, misi dan kapasiti untuk meneruskan daya tahan parti baharu.

“Tapi akhirnya jika mereka tidak boleh meneruskan, mereka akan lenyap secara semula jadi,” katanya.

Kenapa harus ditubuhkan sebuah parti baharu jika agenda serta misi dorang tak jelas... setakat nak tumpaskan Barisan Nasional (BN) dan UMNO? Alaaaa masuk parti yang sedia ada pun cukup la! Ker korang gila kuasa dan nak jadi ketua??

Sebab tu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak sangat buat parti baharu... alasannya konon nak menentang BN pada PRU14.

Dorang ingat yang rakyat nak sangat ke sokong parti baharu jika tanpa agenda yang jelas?? Kalau takde daya tahan yang tinggi dan sambutan rakyat yang padu alamatnya terkubur jugak la nanti. Tengok jela macam parti Amanah, takde la gah mana pun.

“Kalau tak salah saya, kita ada kira-kira 70 parti baharu sejak 1960-an dan semua sudah berkubur,

“Di kawasan saya, siapa hendak boleh bertanding dengan saya. Bila-bila masa dan siapa-siapa di kalangan mereka. Sebut saja nama besar dia.

“Kalau tak hilang cengkeram (wang deposit), itu kawasan sayalah,” kata Wan Junaidi.

2 ulasan :

  1. Junaidi dah mula gelabah, dia tuhan ke yang boleh kata parti baru ditubuhkan Tun tidak mendapat sambutan. Junaidi Junaidi..........kau macam seorang anak yang nak menunjuk ajar seorang ayah yang lebih berpengaruh dari kamu......kesian kat kau Junaidi

    BalasPadam
  2. Cuba tanya kat wan junaidi tu.UMNO boleh masuk Sarawak ke? pkr pas dan DAP dah ada disana..kenapa sarawak halang UMNO ?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online