BREAKING NEWS

Pelabur di Pulau Pinang lari disebabkan Guan Eng ??


19 July 2016 - Tak sampai dua penggal  DAP memerintah Pulau Pinang, tapi dah macam-macam masalah timbul. Yang menanggung semua penderitaan tu adalah rakyat negeri sendiri. Bukan politik je yang terkesan dengan kes korup Guan Eng, malah rakyat lagi terbeban dengan sikap pemimpin parti tersebut.

Ada yang hilang pekerjaan disebabkan Guan Eng, dengan kos rumah yang mahal di Pulau Pinang ditambah lagi dengan rakyat yang sudah menjadi pengangur. Agaknya apa nasib rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah kepimpinan DAP. Kononnya, banyak pelabur dari syarikat gergasi menutup syarikat mereka di negeri berkenaan.

Sedangkan, sudah lama syarikat gergasi seperti itu sudah melabur di Pulau Pinang. Sekarang rakyat yang hilang pekerjaan semakin bertambah. Agaknya ini berkaitan dengan Guan Eng kerana kes korup yang dituduhkan telah memberi impak negatif kepada semua syarikat yang ada.

Boleh jadi, pihak syarikat berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga kerana rasuah akan turut menjejaskan perniagaan mereka di sini. Tambahan lagi ketua menteri sendiri yang dihadapkan ke mahkamah akibat kes rasuah, lagi bertambah keinginan mereka untuk melakukan penutupan syarikat di negeri tersebut.

Memang amalan rasuah tidak dapat diterima, sebab tu banyak pelabur akan menumpukan kepada negara yang bebas kes rasuah untuk mengembangkan perniagaan mereka, jika bergelumang dengan rasuah syarikat juga boleh tergadai. Mungkin juga, disebabkan kes rasuah Guan Eng banyak penutupan syarikat besar terjadi.

Kes korup telah memberikan imej yang negatif kepada negeri Pulau Pinang, namun DAP masih berdegil mahu mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Sepatutnya, kerajaan negeri perlu menyekat  campur tangannya dalam urusan negeri ataupun lucutkan saja jawatan Guan Eng dalam kerajaan negeri.

Pemimpin yang hidup hanya menyusahkan rakyat, tidak patut dibiarkan. Lebih baik Guan Eng letak jawatan. Sepatutnya dia yang lebih prihatin dan membantu rakyat. Tapi sekarang semua beban daripada perbuatannya ditanggung rakyat Pulau Pinang. Kata-kata Guan Eng yang mengutamakan rakyat masih tidak boleh diguna pakai sebenarnya!

1 ulasan :

  1. Dia peduli apa dengan rakyat Pualau Pinang sebab dia bukan rakyat negeri tu pun..apa yang penting bagi dia selagi berkuasa apa sahaja yang boleh disebat..dia sebat..sebab tu semua jawatan tinggi di Penang diserahkan kepada kroni dia sahaja walaupun bukan rakyat negeri Penang..apa yang pasti rakyat Penang cuma pak anggok tak berani bersuara..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online