BREAKING NEWS

Guan Eng jadi Punca sebenar Nga Kor Ming Hina Adilfitri???


11 July 2016 - Tak tahu lah nak cakap apa lagi pasal pemimpin-pemimpin DAP ni... Dah berbuih dah mulut jelaskan dan beritahu yang pemimpin DAP tak sesuai untuk jadi pemimpin korang... Tapi korang tak nak dengar.

Pemimpin DAP ni tak sesuai jadi pemimpin atau wakil rakyat sebab dorang punyai satu sifat perkauman yang kuat... Dorang mahu lebihkan kaum dorang saja berbanding kaum lain... Tak percaya, tengok sajalah isu yang masih panas mengenai penghinaan pemimpin DAP terhadap orang Islam yang masih menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemimpin DAP tu boleh muat naik sebuah lukisan karikatur menghina umat Islam yang sedang menyambut Aidilfitri di laman Facebook miliknya.... Lepas tu, boleh pula tak mahu mengaku diri tu yang muat naik... Katanya, beliau jadi mangsa cybertrooper pro kerajaan.

Wayang memang cukup cekap pemimpin DAP ni... Masa bila cybertrooper pergi godam akaun Facebook milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming untuk muat naik lukisan tu pun tak tahu laa... Nak wayang tu pun, berpada-padalah... Jangan melebih-lebih...Orang boleh nampak tu semua wayang kot!!

Dalam kekecohan isu lukisan karikatur ni.... Terfikir pulak kenapa Nga Kor Ming pilih masa ini untuk muat naik gambar tersebut?? Kenapa gambar tersebut tak dimuat naik seminggu sebelum hari raya?? Kenapa gambar ini dimuat naik selepas pemimpin DAP diheret ke mahkamah??

Rakyat pasti dapat merasakan yang Nga Kor Ming sengaja mencetuskan isu ini untuk mengalihkan isu rasuah mengenai seorang pemimpin DAP... Kalau korang tahu, baru-baru ini ada seorang pemimpin DAP yang didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah.

Jadi, jangan menolak kemungkinan bahawa tindakan Nga Kor Ming yang mencetuskan kekecohan ini adalah untuk mengalihkan isu rasuah yang sedang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pandai betul pemimpin DAP ni kan... Nak alihkan perhatian orang ramai yang sedang menumpu terhadap kes rasuah Guan Eng... Pemimpin DAP cetuskan satu isu baru untuk mengalih mata rakyat dari kes tersebut.... Tapi sayang, tak semua rakyat buta dengan lakonan hebat DAP ni!!!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online