BREAKING NEWS

Betul ke duit derma DAP diselewengkan untuk kroni??


12 July 2016 - DAP mendakwa lebihan sumbangan derma terhadap kes tuduhan rasuah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan disalurkan kepada parti dan akan digunakan untuk membiayai aktiviti Solidariti bersama Guan Eng.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, penderma tidak kisah dan tidak akan mempersoal mengenai sumbangan tersebut kerana penderma tahu bahawa DAP akan menggunakan sumbangan tersebut secara telus.

Uwekkk.... Rasa nak termuntah pula bila Loke kata DAP menggunakan sumbangan derma dengan telus... Tang mana yang telus pun tak tahulah... Kalau betul telus, takdanya DAP nak kutip derma sampai lebih dari jumlah sebenarnya....  Dah tahu sumbangan derma tu dah cukup, hentikan saja kutipan tu... Tapi DAP masih meneruskan kutipan... Telus apanya gitu!!!

Satu lagi, betul ke penderma tak kisah mana DAP belanjakan wang mereka?? Kalau betul dorang tak kisah, memang bagus betullah penderma-penderma DAP ni kan... Tapi rakyat ada hak juga untuk tahu juga mana pergi wang tu... Betul ke tidak wang tu digunakan untuk tujuan yang sebenar?

Loke berkata, penderma dana kepada DAP tahu bahawa wang yang diderma mereka itu tidak digunakan untuk tujuan lain, sebaliknya hanya digunakan untuk tujuan politik.

"Mereka yang menderma yakin terhadap DAP kerana mereka menderma kepada DAP selama ini dan kebimbangan berhubung cara kita menggunakan sumbangan itu tidak dibangkitkan penderma. Mereka tahu DAP menggunakan hasil sumbangan itu untuk tujuan politik," kata Anthony Loke.

Dalam masa sama, Loke turut memaklumkan bahawa sumbangan derma yang dilancarkan bukan hanya dibuat untuk Guan Eng, sebaliknya sumbangan yang dilancarkan itu dibuat untuk semua ahli DAP yang menerima nasib seperti Setiausaha Agung DAP itu.

Pandai betul pemimpin-pemimpin DAP ni main wayang... Guan Eng kena dakwa atas 2 tuduhan rasuah, boleh pula nak tubuhkan dana bantuan guaman bagai... Sebelum ni kenapa DAP tak tubuhkan??? Kenapa baru sekarang nak tubuhkan?? Padahal sebelum ni, ada gak pemimpin DAP yang terlibat dalam kes ini.

Tambah Loke, DAP akan memaklumkan kepada orang ramai termasuk kepada pihak penderma mengenai perjalanan sumbangan yang diberikan dalam masa terdekat ini.

"Apa sahaja baki yang kami ada akan disalurkan kepada parti. Ia adalah sumbangan buat DAP, bukan untuk Lim seorang. RM1 juta akan dijadikan wang ikat jamin dan baki yang kami kutip akan disalurkan kepada kempen ini dan parti.

"Kami akan membuat pengumuman dalam dua hingga tiga minggu lagi mengenai cara kita akan menggunakan sumbangan itu," katanya

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online