Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Guan Eng tak tahu tadbir negeri.. Hanya tahu bersandiwara saja..
Comments : 1
26 July 2016 - Lim Guan Eng sibuk mahukan Parlimen dibubarkan disebabkan saman sivil yang dikelurkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bersabit kes 1MDB. Nampaknya, Guan Eng seperti panas punggung menerima berita tersebut dan mula pasang angan-angan untuk mencadangkan pembubaran parlimen.
Cadangan Guan Eng tersebut memang tidak boleh diterima akal, kononnys ia adalah cadangan untuk menutup isu terbabit jadi seharusnya kerajaan membubarkan parlimen yang sedia ada. Hakikatnya, Guan Eng hanya mempolitikkan isu berkenaan malah mensensasikan supaya kesalahan diletakkan keatas DS Najib.
Permainan licik Guan Eng untuk cuba menggugat kedudukan Najib telah diselar oleh DS Syed Ali Alhabshee yang mengatakan Guan Eng seorang yang tidak bijak kerana pembubaran tersebut langsung tidak memberi kesan kepada kemelut yang berlaku pada negara, malah ia masih di dalam proses siasatan.
“Cadangan Lim Guan Eng semestinya tidak bijak kerana pembubaran Dewan Rakyat tidak akan menyelesaikan kemelut yang berlaku, apatah lagi sewaktu proses siasatan masih berjalan,” jelasnya
Sepatutnya, Guan Eng tidak mengunakan isu ini untuk menjatuhkan Najib semata-mata, kerana Najib sudah menegaskan bahawa kerajaan akan bekerjasama berhubung kes berkenaan dan juga telah memberi jaminan yang kukuh untuk menghadapkan pesalah kemuka pengadilan berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Oleh itu, Guan Eng tidak perlu risau akan tindakan yang diambil kerajaan untuk menyelesaikan isu ini. Seharusnya Guan Eng menumpukan sepenuhnya kepada kes rasuah yang menimpa dirinya baru-baru ini, yang juga masih berada dalam proses siasatan. Agaknya, Guan Eng lebih rela untuk berada di penjara daripada Najib kekal menjadi Perdana Menteri.
“Lim Guan Eng tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan, sebaliknya beliau perlu terlebih dahulu menyelesaikan beberapa isu membabitkan pentadbirannya di Pulau Pinang,” katanya
Selain itu, isu rakyat di Pulau Pinang juga masih banyak untuk diselesaikan, tambahan lagi nak adakan PRN. Semakin berat tugas Guan Eng di sana, jadi tak payah nak menyibuk tentang cadangan pembubaran parlimen yang tidak masuk akal. Rasanya Guan Eng harus berhenti untuk mempolitikkan semua isu yang membabitkan Perdana Menteri dan belajar untuk menjaga tepi kain sendiri dahulu
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Soalannya, adakah Ketua Menteri ada kuasa untuk mencadangkan pembubaran dewan, menurut perlembagaan? Kalau ada, ikut sajalah.Lepas tu boleh kerja terus.Bukan asyik berpolitik memanjang.Rugi rakyat, bayar gaji yb2.
BalasPadam