BREAKING NEWS

Kalau Guan Eng tak salah, kenapa gelojoh buat pilihanraya??


22 July 2016 - Hairan sangat.... kenapa DAP ni gelabah biawak sangat sampai nak adakan pilihanraya mengejut di negeri Pulau Pinang?? Nampak sangat yang Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng benar-benar bersalah atas tuduhan rasuah yang mengaitkan dirinya.

Kalau tak bersalah kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang gelojoh sangat nak buat pilihanraya tu?? Tindakan tersebut nampak sangat sebagai satu usaha mereka bagi segera menyelamatkan kerjaya Guan Eng.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof turut berasa hairan dengan sikap DAP Pulau Pinang pada ketika ini. Kalau betul Guan Eng tak salah, kenapa tak tunggu sahaja sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya. Kekalutan yang melanda kerajaan DAP ini jelas menunjukkan yang Guan Eng sebenarnya bersalah dan dorang cuba nak tutup fakta tersebut.

“Tindakan kerajaan negeri ini seolah-olah macam DAP yakin bahawa pendakwaan terhadap Guan Eng itu akan lekat (disabit kesalahan). Tindakan ini juga seolah-olah nak selamatkan Guan Eng dan DAP.

“Kami melihat dalam isu ini sepatutnya DAP tak buat tindakan yang mendatangkan masalah kepada rakyat … buat satu perkara yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa,” katanya.

Untuk tujuan apa pilihanraya itu diadakan jika tanpa sebab yang munasabah?? Buat rugi masa, duit dan tenaga je... sudah la kos perbelanjaan menguruskan pilihanraya negeri itu bakal menelan jumlah yang besar. Korang tak rasa itu sebagai satu pembaziran ke??

“Rakyat juga akan menghadapi dua pilihan raya, iaitu pilihan raya negeri dan Parlimen. DAP mengambil jalan untuk mengadakan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah sehingga boleh menyebabkan prestasi DAP, ketua menteri terhakis dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu menurut Fauzi, walau apa pun kemungkinannya... Pas Pulau Pinang akan bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja sebarang kemungkinan. Pas juga bakal mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan mengenai perihal tersebut.

Pada 30 Jun lepas, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Guan Eng lot tanah dan rumah itu

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online