BREAKING NEWS

Azmin buruk siku mahu 'rampas' semula tanah kerajaan negeri.


20 July 2016 - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menegaskan akan mengambil semula tanah-tanah kerajaan persekutuan sebelum ini yang diserahkan untuk tujuan kepentingan orang ramai.

Dasar buruk siku betul Azmin Ali ni.... Dah bagi kat orang boleh pula nak minta balik.... Macam ni punya perangai pun boleh jadi Menteri Besar... Apa nak jadi pun tak tahulah... Jenis tak menyabar pula tu.

Menurut Azmin Ali, beliau mahu menuntut semula yang telah diberikan kepada kerajaan persekutuan kerana tanah yang diberikan untuk membina infrastruktur asas dan kemudahan utiliti seperti sekolah masih dibelum dibangunkan sehingga hari ini.

"Baru-baru ini kita telah ambil ketetapan dalam mesyaurat exco, di mana banyak tanah yang telah diluluskan kepada kerajaan persekutuan untuk utiliti seperti sekolah, belum dibangunkan," kata Azmin Ali.

Amboi Azmin Ali.... Tak menyabar betul nak tengok tanah yang diberikan tu dibangunkan... Bawa-bawalah bersabar Azmin Ali... Azmin Ali baru jadi Menteri Besar pun tak sampai sepenggal lagi... Tanah yang diberikan tu dah tentu-tentu baru diberi kan??

Jadi, Azmin Ali kenalah banyak bersabar... Nak bangunkan tanah bukannya macam nak bangunkan sebuah kedai kopi... Hari ni dapat tanah, esok terus pacak tiang buka kedai kopi.... Nak bangunkan utiliti macam yang dimahukan Azmin perlu makan masa... Kena buat kajian itu ini... Baru boleh dibangunkan tanah tu.

Dalam masa sama, Azmin turut menuduh kerajaan telah menjual tanah yang diberikan kepada pihak pemaju untuk tujuan komersial, sekaligus tidak sehaluan dengan dasar kerajaan negeri yang mahu tanah tersebut dibangunkan untuk kepentingan orang ramai.

"Ada tanah-tanah telah dijual kerajaan pusat kepada pihak swasta bagi tujuan komersial. Sudah tentu ini bertentangan dengan semangat pemberian milik tanah kepada kerajaan persekutuan. Kita beri untuk rujuan rakyat, kalau tak, kita akan ambil balik tanah tersebut," katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online