BREAKING NEWS

Wakil rakyat bermusim tak jamin BN menang PRU-14


Memang rakyat akan menolak habis-habisan jika peranan wakil rakyat yang bermusim ni akan dijadikan pemimpin. Rasanya tidak patut pun rakyat membuang undi mereka terhadap pemimpin yang begitu.

Untuk menjadi wakil rakyat, keutamaan rakyat itu yang paling penting. Bukan setelah mendapat nama dan kuasa terus menghilang. Jika ada pemimpin BN yang begini mungkin tidak dapat menjamin kemenangan BN semasa PRU akan datang.

“Kalau wakil rakyat itu hanya datang lima tahun sekali, rakyat akan ukurlah. Kalau pilih (calon sama), alamat kalah. Siapa yang hendak wakil rakyat macam itu. Kalau awak (wakil rakyat) mahu bersenang-lenang, rakyat akan hukum awak,” kata Datuk Harun Hassan

Oleh itu, BN perlu mencari calon yang senang untuk berjumpa rakyat kerana bila terjalin hubungan baik bersama, masalah rakyat pun mudah untuk wakil rakyat selesaikan kerana rakyat boleh kerap berjumpa untuk membincangkan masalah, rakyat juga tak perlu menunggu majlis yang tertentu saja baru dapat berjumpa dengan mereka.

'' Kalau lihat wakil rakyat BN sering kita tengok turun padang. Tiada wakil rakyat bermusim,” katanya.

Menjadi seorang wakil rakyat juga mencabar, sebab tu kebanyakkan calon pembangkang tidak dapat menjalan tangungjawab sebagai wakil rakyat dengan baik, ada saja masalah mereka dengan rakyat setempat, misalnya jarang turun padang dan tak tahu masalah yang ditangung rakyat.

Hal ini, perlu diberi perhatian buat calon BN kerana wakil rakyat tidak ada cuti dan tidak kira siang dan malam untuk menjalankan khidmat kepada rakyat. Dengan adanya calon BN yang macam ni, pasti BN dapat menempuh PRU-14 dengan kemenangan yang berganda.

Mungkin, keperibadian calon  BN juga akan dijadikan kayu pengukur oleh rakyat kerana dari itu rakyat akan menilai cara kerja mereka. Keperibadian yang baik juga selalunya akan membuahkan hasil yang baik, macam PRK lepas BN menang besar kerana calon yang diletakkan mempunyai keperibadian yang baik dan disenangi rakyat .

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online