BREAKING NEWS

Rakyat makin jemu dengan politik penipu oleh pembangkang.


Memang rakyat sudah jemu dengan mainan politik pembangkang yang tiada penghujungnya, kutukkan dan tohmahan kepada kerajaan tidak asing lagi dengan imej mereka. Tapi sekarang rakyat makin jemu terhadap politik yang begitu.

Mungkin, isu ekonomi global dan isu negara lebih diminati rakyat berbanding isu politik kini. Sebab tu..pemimpin politik perlu mengambil tahu masalah yang dihadapi rakyat dari semasa ke semasa untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, tapi puak pembangkang asyik sibuk nak bina tembok perbezaan cara berpolitik.

Dalam kekusutan ekonomi sepatutnya pemimpin parti politik mengembleng tenaga untuk memastikan Malaysia boleh mengatasi inflasi yang bakal berlaku, jika hanya mementingkan fahaman politik masing-masing ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.

"Dunia sedang menghadapi keadaan tidak menentu, tindakan United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah mengejutkan pasaran global. Hanya melalui kerjasama antara kita (rakyat Malaysia), barulah kita dapat mengatasi sebarang cabaran dalam tempoh yang tidak menentu ini," kata DS Mah Siew Keong

Mungkin juga, isu semasa lebih banyak difikirkan rakyat berbanding permainan politik kotor yang sentiasa dibawa pembangkang, janji yang tidak ditunaikan juga membuatkan rakyat muak dengan propaganda pembangkang semasa pilihan raya.

Boleh jadi, kemenangan PRK lalu disebabkan rakyat sudah yakin dengan cara pemimpin kerajaan yang sentiasa membawa pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 Hanya dengan terus menyokong kerajaan, rakyat akan mendapat manfaat yang berganda. Sebaliknya jika terus berada bersama pembangkang, rakyat mungkin akan berada di takuk yang sama.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online