BREAKING NEWS

Pemuda PAN nak Hasut Belia benci Kerajaan Malaysia.


Pemuda PAN, Tazli Azizan makin meroyan dengan tindakannya yang menyeru angkatan Pakatan Harapan untuk berkempen kepada rakyat terutama belia bagi menolak BN sebelum PRU-14 akan datang.

Tazli juga mengatakan BN membawa kempen ketakutan kepada rakyat, sebab tu rakyat tidak berani untuk memilih pembangkang. Tapi menjelang PRU-14 akan datang kononnya PAN akan menyakinkan pengundi dari golongan belia untuk menolak emosi ketakutan tersebut untuk berubah kepada pembangkang.

Mungkin, PAN masih lagi tidak berpijak di bumi yang nyata. Kini, undian belia sudah meningkat kepada BN kerana belia sudah tahu berfikir dan tidak terpedaya lagi oleh propaganda pembangkang, mereka sudah bijak memilih parti yang betul bagi membina negara terus kehadapan.

Jika PAN masih berfikir BN membawa kempen ketakutan kepada rakyat untuk tidak memilih mereka, ia sama sekali tidak masuk akal kerana pemilihan pemimpin dan parti adalah keputusan sebulat suara yang telah dilakukan pengundi sendiri.

Mungkin juga, Tazli ni menagih populariti sebab tu cerita karut macam ni pun dia nak kaitkan, belia sekarang sudah tahu untuk memilih, bukan sebab termakan dengan propaganda BN tapi sikap pembangkang sendiri yang masih jumud dan gila kuasa. Lebih baik mereka memilih BN sudah tentu apa yang di janjikan mudah untuk ditunaikan.

Hasutan ketakutan  oleh BN kepada rakyat sangat tidak masuk akal, sedangkan pambangkang sendiri yang sering amalkan hasutan kepada rakyat supaya membenci kerajaan. Isu hasut mengahasut mungkin sudah tidak relevan untuk parti politik sekarang, kerana sudah ramai cerdik pandai yang tahu menilai kebaikan atau keburukan.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online