BREAKING NEWS

UMNO akan hancur jika pengkhianat tidak dipecat.


Pengkhianat-pengkhianat yang masih lagi berkubang dalam parti UMNO sangat wajar untuk dipecat... Bukan apa kalau dorang ni tidak dipecat tidak mustahil UMNO suatu hari nanti akan hancur.

Disebabkan itulah Majlis Tertinggi (MT) mengambil keputusan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kalau dorang ni masih bermastautim dalam parti UMNO, alamatnya malapetaka la jadinya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata tindakan yan dilakukan bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah itu mampu memudaratkan parti.

Bukan itu sahaja, jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka maka tidak mustahil UMNO akan berhadapan denganbala bencana yang besar dan terpaksa berhadapan dengan masalah yang lebih besar pada masa hadapan.

Kreadibiliti UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang sekian lama bertapak bukanlah berlandaskan kepada seorang dua individu sahaja. Sebaliknya parti tersebut membawa semangat persepaduan daripada semua ahli bagi memastikan parti sentiasa kukuh.

"Sebab itu dengan hati yang amat berat, kita mengambil keputusan memecat Muhyiddin dan Mukhriz. Bukan tidak hargai pengorbanan mereka sebelum ini, itu tercatat dalam sejarah, malah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) masih terpampang di pejabat Pemuda UMNO kerana beliau pernah jadi Ketua Pemuda.

"Namun, realitinya buat masa ini, mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) memudaratkan parti serta jika tidak ditangani (dipecat), kita akan berdepan masalah lebih besar.

"Jadi, lebih baik kita berdepan masalah ini (isu pemecatan) sekarang sementara menunggu Pilihan Raya Umum," katanya.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, dirinya yakin ahli UMNO serta rakyat akhirnya dapat menghargai keputusan pemecatan itu kerana ia demi kebaikan parti untuk jangka panjang.

"Apabila MT buat keputusan ini, tidak seorang pun senyum... kita juga faham Muhyiddin rapat dengan kita, tetapi akhirnya kepentingan parti mengatasi semua perkara lain," katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online