BREAKING NEWS

Rafizi tuduh pengundi 'tak kisah' hidup sengsara di Malaysia.


Meroyan apa pulak Rafizi Ramli ni, dah macam 'doktor'  cakap rakyat dijangkiti penyakit kebendaan, sebab tu..BN menang besar di parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Mungkin Rafizi tak dapat terima lagi kekalahan puak Pakatan Harapan macam-macam la tohmahan yang keluar dari mulut puaka dia tu.

“Penyakit sentimen perkauman atau keagamaan di mana ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi sedang mereka mengeluh setiap hari kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka iaitu PKR dan Amanah itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri ", katanya

Tak habis-habis dengan lemparan fitnah yang Rafizi ni buat, bulan puasa pun masih nak bawak mulut canang cerita yang tak masuk akal. Kononnya PKR menyifatkan BN menang besar sebab rakyat dah lama ada penyakit sentimen perkauman dan kebendaan.

Boleh jadi, PAN kalah dia mula nak meroyan dekat rakyat sebab tak undi PAN sebaliknya rakyat masih memilih calon BN untuk menjadi wakil di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kata Rafizi rakyat lebih fokus untuk menentang mereka daripada memikirkan masa depan rakyat sendiri. Rakyat dah lama fikir sebab tu pilih BN dan bukannya pembangkang.

Mungkin Rafizi ni masih dalam dilema, rakyat dah tolak bulat-bulat kepimpinan pembangkang. PRK kali ni jugak adalah titik mula rakyat menolak semua propaganda puak pembangkang yang tidak membawa apa-apa kebaikan malah hanya mahu mencetuskan huru-hara.

Sekarang rakyat sendiri sudah bijak memilih, tiada kaitan pemilihan BN dengan penyakit yang dikaitkan oleh Rafizi. Rakyat menerima bantuan daripada kerajaan BN bukan dikira rasuah, kerana rakyat berhak dengan apa juga bantuan yang DS Najib peruntukkan.

Isu remeh ni sepatutnya tidak timbul, rakyat sudah memilih wakil mereka tapi puak pembangkang nak salahkan rakyat pula bila kalah di PRK. Pembangkang perlu cermin diri untuk memikat hati rakyat. Bukan dengan membawa jet berserta lemparan fitnah semasa berkempan rakyat akan berpihak kepada pembangkang.

Dalam pada itu, projek yang dijanjikan BN juga adalah untuk rakyat,bukan hanya manifesto semasa PRK. Kerajaan BN sentiasa memenuhi janji, tapi Rafizi tetap membangkitkan isu rakyat masih terpedaya dengan janji kerajaan BN sebab tu masih ada pengundi yang kekal.

Mungkin juga, apa yang mahu diketengahkan Rafizi adalah BN mampu menang dengan hasil pelaburan wang kepada rakyat. Konklusinya rakyat sudah faham dengan permainan pembangkang yang mempunyai agenda masing-masing semasa pilihan raya, sebab tu BN nampak lebih menyakinkan kepada rakyat.

Jadi tiada sebarang penyakit yang perlu Rafizi kaitkan,mungkin pembangkang sudah 'panas pungung' dengan sikap rakyat yang semakin sinis terhadap mereka.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online