BREAKING NEWS

PAS lebih baik keluar dari Kerajaan Pakatan di Selangor


PAS nak keluar dari kerajaan Selangor, betul ke ni ??. Ada mulut-mulut tempayan yang menyatakan hasrat PAS untuk keluar dari kerajaan Selangor disebabkan Azmin menolak PAS dan memilih untuk menyokong PAN di PRK.

Mungkin, PAS merajuk dengan Azmin kerana memilih untuk bersama PAN. Ura-ura mengatakan PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan keputusan mereka yang kononnya berhasrat untuk keluar daripada kerajaan Selangor dan membentuk blok baru.

Nampaknya, Exco PAS di dalam kerajaan Selangor perlu bersiap sedia untuk mengemas meja masing-masing kerana tuntutan  dan arahan daripada ahli pemimpin tertinggi PAS yang sudah tidak yakin untuk berada didalam satu bumbung bersama Azmin.

Dalam pada itu, terdapat ahli PAS sendiri yang menolak habis-habisan untuk terus berada dibawah  pimpinan Azmin, kerana sudah jelas Azmin telah menduakan parti islam tersebut  setelah wujudnya  PAN yang turut menjadi sekutu Azmin didalam Pakatan Harapan.

Keputusan PAS yang kononnya nak keluar dan  berpisah dengan Azmin akan memberi tekanan kepada PKR kerana hasil sokongan rakyat kepada PAS dilihat  lebih baik berbanding sokongan rakyat terhadap parti pilihan mereka,PAN.

Mungkin juga keputusan yang bakal dilakukan PAS ini tepat untuk mengajar Azmin kerana telah mengkhianati persahabatan mereka yang sudah sekian lama, malah kedudukan Azmin di dalam kerajaan Selangor juga mungkin turut terancam dengan keputusan PAS ini.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online