BREAKING NEWS

Kekalahan di 2 PRK jadi mimpi ngeri untuk pembangkang.


Kemenangan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menjadi mimpi ngeri kepada gerakan pembangkang yang anti-Najib untuk membawa isu yang berkaitan DS Najib untuk dipergunakan bagi menjadi modal pembangkang bagi menjatuhkan BN semasa PRK.

Walaupun ia hanya berkaitan dengan dua parlimen saja, tapi pembangkang telah mengambil kesempatan untuk membawa propaganda hasutan bagi rakyat membenci BN jesteru Najib. Puak anti-Najib ini telah merayu pengundi untuk memilih Najib sebagai Perdana Menteri atau tidak melalui kempen mereka yang kononnya Najib lambang kepada BN.

" pembangkang dan kumpulan yang menentang Najib menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai referendum dengan meminta pengundi menyatakan sama ada mereka masih mahukan Najib menjadi perdana menteri ", DS Salleh Said Keruak

Tapi rakyat tidak bodoh untuk mengikut telunjuk pembangkang yang tidak serik membawa isu sebegini untuk dipolitikkan di pilihan raya. Kehadiran Tun M untuk berkempen bersama pembangkang juga turut membawa kumpulan yang bakal menentang Najib dan bukan untuk menentang BN.

Malangnya, usaha pembangkang hanya sia-sia, BN meraih menang majoriti di kedua-dua Parlimen. Walaupun pembangkang berusaha memburukkan nama Najib kepada rakyat agar tidak memilih BN, ternyata rakyat masih sayangkan Najib dan menolak hasutan pembangkang dan tetap memilih BN.

Mesej yang disampaikan oleh rakyat kepada gerakan anti-Najib terbukti dengan keputusan PRK. Kerajaan BN serta kepimpinan Najib masih disanjung oleh rakyat, mereka tidak terpengaruh dengan ideologi pembangkang yang hanya akan merosakkan bangsa dan negara.

Mungkin pada kali ini, mesej rakyat kepada pembangkang adalah lebih jelas berbanding 2013 kerana majoriti undi kepada BN semakin meningkat. Pembangkang perlu mengambil pengajaran daripada PRK kali ini kerana rakyat pada masa kini menolak cara hasutan dan tohmahan sebagai modal kempen

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online