BREAKING NEWS

Rafizi hanya berani lawan dengan Bini Orang saja..


Amboi Rafizi Ramli.... Dalam ceramah bukan main lantang lagi.... Bila berdepan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor di pejabat Parti Amanah Negara (PAN) di Kuala Kangsar semalam... Rafizi Ramli dah serupa siput babi... Baru sentuh sikit terus sembunyi dalam cengkerang.

Sudah laa penakut nak jumpa Rizal Mansor siang hari tu... Pastu mai malam duk berceramah dengan hadirin yang hadir... Rafizi Ramli sembang bukan main lagi... KLCC yang tersergam indah pun boleh goyang.

Korang tahu tak Rafizi Ramli dalam ceramahnya semalam boleh kata beliau sebenarnya tidak takut ketika Rizal Mansor datang ke sidang medianya... Tapi, malas nak melayan karenah pegawai khas Rosmah Mansor tu.

Rafizi Ramli kata, Rizal Mansor tu bukan setaraf dengannya untuk dilayan atau diajak berdebat mengenai isu jet yang ditimbulkannya.... Rizal Mansor tu cuma balaci yang ditugaskan untuk mengangkat beg Rosmah Mansor.... Jadi, Rizal Mansor tak layak untuk dilayan atau diajak berdebat.

Tambah Rafizi, beliau hanya akan berdebat dengan Rosmah Mansor sendiri dan bukannya dengan wakil yang ditugaskan hanya untuk mengangkat beg Rosmah Mansor ke dalam jet.

"Saya tidak takut tetapi buat apa berdepan dengan pegawai yang tugasnya angkat beg tangan Rosmah. Kalau nak debat tiada masalahnya, syaratnya dengan Rosmah sendiri," kata Rafizi Ramli dalam ceramah anjuran PAN di Kuala Kangsar.

Ek eleh Rafizi Ramli ni.... Masa berceramah bukan main gagah perkasa lagi... Macam pahlawan Melayu terakhir... Tapi bab nak berdebat 'kecut telur'... Boleh pula nak berdebat dengan perempuan je.... Tak gentleman langsung!!

Kalau  Rafizi Ramli betul-betul 'jantan'....  Tak payahlah nak berdebat dengan Rosmah Mansor tu... Debat jelah dengan Rizal Mansor sebagai wakil Rosmah... Takkan dengan budak pengangkat beg pun Rafizi Ramli takut nak berdebat?? Hahaha.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online